Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Kumpulan Tiro Bakal Rakam Lagu, Idamkan Sitkom Sendiri

19/01/2022
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Celebrity, Entertainment, Exposé, Extra
Kumpulan Tiro Bakal Rakam Lagu, Idamkan Sitkom Sendiri

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selepas muncul juara Maharaja Lawak Mega 2021, kumpulan Tiro semakin serius merencanakan karier seni mereka.

Terbaharu, mewakili kumpulan itu, Danial Zaini berkata, mereka dalam perancangan untuk merakamkan single sulung kumpulan berkenaan.

“Idea rakam lagu ini tercetus apabila kami buat muzikal komedi. Jadi kami juga teringat momen lagu-lagu etnik yang pernah dirakam oleh senior kami seperti Senario.

“Jadi kami rancang untuk merakamkan lagu konsep serupa dengan menyelit elemen joget untuk peminat kami,” katanya.

Selain Danial, Tiro turut dianggotai Sharif dan Syaiful yang sebelum ini dikenali menerusi gandingan tiga beradik bersama Atu di bawah jenama Zero.

Kumpulan Tiro yang dianggotai oleh Danial,Sharif dan Syaiful.

Dalam perkembangan lain, Sharif memberitahu, Tiro juga dalam misi untuk mempunyai sitkom sendiri.

Dia berkata, mereka sepakat merancang untuk memulakan satu sitkom yang pernah popular sebelum ini seperti Senario atau Cecupak dalam usaha menghiburkan peminat hiburan lawak tempatan.

“Kami memang ada beberapa perancangan terutamanya untuk mempunyai sitkom sendiri bagi menghiburkan peminat lawak di negara ini.

“Kita pernah mempunyai beberapa sitkom yang sangat menarik sebelum ini dan kami sepakat untuk menghidupkan kembali rancangan seperti itu,” katanya menanam semangat.

Sharif berkata, sitkom itu juga bakal membabitkan rakan-rakan pelawak yang lain untuk bersama-sama kumpulan Tiro.

Danial turut bersetuju dengan perkara ini dan pada masa sama gembira kerana Tiro terus mendapat sokongan peminat selepas kejayaan yang dikecapi sebelum ini.

Katanya, melalui sitkom, lebih banyak karya daripada kumpulan itu dapat dikongsikan bersama dan mampu menjadi hiburan sekeluarga.

Mengenai hayat kumpulan Zero iaitu gandingan Sharif, Syaiful dan Atu, ia masih aktif namun akui Sharif, permintaan kini lebih kepada Zero.

“Zero masih ada dan tetap akan bersama. Zero dan Tiro akan berjalan seiring. Sebab masing-masing ada kekuatan.

“Dalam Tiro kami memang mahu Danial memainkan peranan utama dengan gandingan saya dan Melati (Syaiful) serta kami memilih lawak meniru gaya dan suara,” katanya.

Danial menambah, tidak ada isu ganti sesiapa tetapi masing-masing ada cara dan pendekatan tersendiri.

Malah katanya, tidak mustahil untuk Tiro dan Zero bergandingan dalam satu persembahan.

Terdahulu, Tiro meraikan lebih 20 peminat kumpulan itu dalam satu majlis kesyukuran di Restoran Empangan Udang Galah di sini.

Pada majlis itu, hadirin diraikan dengan pelbagai juadah serta aktiviti cabutan bertuah serta bergambar. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] Yayasan KRU Dan PTPTN Serius Mampankan Ilmu Keusahawanan Digital Belia B40

Next Post

“Gugur Jantung!” – Kerana Mak Iti, Tuah Tya Arifin Dapat Duduk Sebelah Vincent Tan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd