Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Kritik Dan Hina, Kan Beza Tu!” – Syamsul Yusof Alu-alukan Filemnya Diperkata Audiens

26/11/2021
Abang Deeby Abang Dee
in Entertainment, Exposé, Extra
“Kritik Dan Hina, Kan Beza Tu!” – Syamsul Yusof Alu-alukan Filemnya Diperkata Audiens

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sutradara muda tersohor, Syamsul Yusof, 37, mengingatkan kepada individu yang ingin bergelar pengkritik karya seni perlu dalami ilmu bidang berkenaan.

Malah Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof berpendapat, pengguna laman sosial terutamanya Youtuber tahu membezakan maksud antara kritikan dengan hinaan.

“Saya sudah lama mengarah, dari generasi sebelum ini lagi dan ramai yang seangkatan saya sudah memperlahankan kerjaya.

“Sama juga dalam mengkritik filem, orang bercakap filem pun sudah berbeza. Apatah lagi sekarang era media sosial dan semua perkara nak komen.

“Bagi saya tak salah. Namun sesuai atau tidak dengan konteks dibincangkan?

“Semua orang boleh kritik, tetapi kena ada ilmu. Kena tahu bezakan kritikan dan hinaan.

“Perlu bijak dalam mengkritik, jika orang tidak suka filem saya, okey saja,” tegasnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

“Saya bukan nak cakap saya bagus. Cuma saya ada formula tersendiri yang terbukti diterima umum.

“Seseorang yang berjaya, pasti ada yang dengki. Itu biasa. Jadi kuatkan mental dan fokus kepada karya,” tambahnya.

Memetik laporan UtusanTV, Syamsul turut menyebut beberapa nama pengarah yang dikaguminya seperti Erma Fatima, Datuk Paduka Shuhaimi Baba dan Khabir Bhatia berdasarkan kualiti kerja dipersembahkan.

“Saya mengagumi Erma dan Shumi (Shuhaimi) sebagai pengarah wanita yang sangat berilmu. Tabik spring saya bagi.

“Nak jadi pengarah bukan satu kerja mudah. Kalau mereka boleh, takkan saya tak boleh?

“Saya sudah kaji filem mereka melalui banyak cabang. Bukannya jenis tengok sekejapan,” ujarnya lagi.

Syamsul berkongsi perkara itu ketika sesi Instagram (IG) Live menerusi topik Persediaan Menjadi Pengarah Tanpa Gagal.

Untuk rekod, Syamsul adalah pemenang Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM 23) iaitu pada usia 25 tahun menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Syamsul turut mengulangi kejayaan sama pada FFM 24 menerusi filem KL Gangster dan FFM 28 bagi filem Munafik.

Lebih membanggakan Syamsul juga memenangi Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-57 menerusi filem Munafik.

Filem arahannya, Munafik 2 menjadi filem tempatan nombor satu apabila meraih kutipan pecah panggung RM48 juta.

IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada 10 Disember ini.

Sesi itu dikendalikan moderator yang juga dua bekas wartawan, Nik Syafiq (Melodi) dan Aswad Jalil (HLive). – BOOM!

Previous Post

Sebaik Disahkan Hamil, Park Shin Hye Umum Bakal Kahwin Dengan Choi Tae Joon

Next Post

“Kanye, Kim K, Awas!” – Silau Mata Tengok Che Ta Dan Ezuwan Ismail Dilitupi Berlian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Desires A Wealthy Man Who Can Guide Her

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Set To Make A Comeback In Conjunction With Their 20th Anniversary

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • HBO Max’s Harry Potter Adaptation Series Expected To Become A Phenomenon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Clarifies Zarina Former Fiancé Is Only A Work Colleague

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • The Danger Of Exploiting Religion: Erma Fatima Uses Walid As A Warning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Singer Nubhan Files for Confirmation of Two Divorce Pronouncements — Seeks Court Validation for 2017 and August Talak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • A Aida Mengalah, Selesai Kes Saman Idris Khan Secara Baik, Tetap Lawan Amelia Henderson

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Azlan Komeng Begs Netizens To Stop Urging His Wife To Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Magika Ice Cream, Collaboration Between Kruniverse And SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd