Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Kerap Kongsi Kisah Di Sebalik Dunia Penerbangan Bawa Tuah Kepada Zarul Husin

19/04/2022
Melly Millby Melly Mill
in Celebrity, Extra
Kerap Kongsi Kisah Di Sebalik Dunia Penerbangan Bawa Tuah Kepada Zarul Husin

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi dan pelakon Zarul Husin tidak menyangka kerana minatnya dan sering memuat naik kandungan tentang karier dunia penerbangan untuk kesedaran masyarakat menerusi saluran YouTube miliknya memberi tuah apabila dia dilantik selaku felo Pusat Latihan Teknikal MEATECH.

Menurut Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 49, dia bersetuju dengan pelantikkan berkenaan atas sebab mahu pelajar dalam bidang penerbangan dapat melihat dunia pekerjaan sebenar menerusi pengalamannya.

“Saya tidak menyangka minat saya berkongsi tentang dunia penerbangan di dalam saluran YouTube membuatkan orang melihat saya seperti ikon dalam dunia penerbangan tempatan.

“Perkara tersebut yang membuatkan saya dilantik sebagai felo selama setahun selain pengalaman selama 16 tahun sebagai pramugara Malaysia Airlines.

“Tugas saya sebagai felo adalah berkongsi pengalaman dan mendedahkan pelajar kepada dunia sebenar industri penerbangan.

“Industri penerbangan bukan sekadar juruterbang, pramugara, pramugari dan pekerja barisan hadapan di lapangan terbang, sebaliknya sangat luas termasuklah industri kargo dan karier dalam perkhidmatan pengendalian darat yang bukan hanya ada di Malaysia, tetapi seluruh dunia,” jelas Zarul.

Sewaktu Majlis Tandatangan MoU, MEATECH TTC & Zarul Umbrella

Ditebak tentang masa depan para pelajar dalam dunia penerbangan, Zarul yakin peluang buat mereka untuk membina kerjaya begitu cerah.

“Semasa pandemik melanda dan seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai daripada pekerja penerbangan yang dibuang kerja dan ada yang bekerja tanpa gaji.

“Sepanjang dua tahun ini kebanyakan bekas pekerja penerbangan sudah bekerja dalam bidang yang lain termasuk ada yang memulakan perniagaan sendiri. Jadi, apabila industri penerbangan pulih dan mereka dipanggil bekerja semula, bukan semua akan kembali bekerja.

“Jadi, banyak ruang-ruang kosong yang boleh diisi oleh pelajar-pelajar baharu ini. Satu kelebihan buat pelajar baharu ini, kerana mereka telah dilatih secara profesional oleh pensyarah yang sebelum itu memang bekerja dalam industri penerbangan,” tutur Zarul.

Zarul dilantik sebagai felo MEATECH pada majlis pelancaran program-program diploma dalam industri penerbangan sempena kempen YEG Pesta Sambung Belajar #jangansalahpilihbidang, YEG Academy di Johor Bahru baru-baru ini.

Menerusi kempen tersebut, YEG Academy yang telah berkerjasama dengan MEATECH sejak 2018 menawarkan pelbagai diploma dalam bidang penerbangan.

Zarul bersama Pengasas YEG Academy Azizulhakim Suhaimi

Antaranya, adalah Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan, Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo, Pra Diploma Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat.

Dalam pada itu, pengasas YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi berkata, pemilihan Zarul sebagai felo MEATECH bertepatan kerana pengaruh dan pengalaman yang dimiliki dalam dunia penerbangan.

“Kami memerlukan seorang ikon yang dikenali dalam dunia penerbangan dan Zarul adalah pilihan yang tepat.

“Meskipun tidak lagi bekerja dalam industri penerbangan, tetapi dia tidak henti berkongsi dan memberi kesedaran kepada masyarakat gambaran sebenar karier di atas awan biru,” ujar Azizulhakim. – BOOM!

Previous Post

Mengimbau Nostalgia Aidilfitri, Lagu Raya Sulung Syamel Berkonsep Pop Tradisional

Next Post

“Tone Suara Saya Sedaplah!” – Kelly Azman Yakin Ramai Suka Duetnya Bersama Tanty Isma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce To Marry On June 13?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Opens Restaurant At A Cost Of RM4 Million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Maintains Turban Image According To Suitability

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Announces World Tour! Here Are The Locations & Dates You Need To Know

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Brings MY SWEET HOME Across Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd