Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Kenal Dah 12 Tahun, Wany Hasrita Dan Adib Fahmi Rupa-rupanya Jalin Hubungan Jarak Jauh

23/07/2022
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Celebrity, Extra
Kenal Dah 12 Tahun, Wany Hasrita Dan Adib Fahmi Rupa-rupanya Jalin Hubungan Jarak Jauh

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Usia perkenalan dua merpati sejoli itu sudah berlangsung sejak 2010, malah ketika Wany Hasrita masih belum bergelar penyanyi.

Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungannya dan Al Adib Fahmi mula rapat sejak 2019.

“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja.

“Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ.

“Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara.

“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati, lantas memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa lebih serius,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Jadi Isteri Dengan Dua Kali Lafaz, Wany Hasrita Kini Milik Adib Fahmi

Pelantun lagu Menahan Rindu yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31 pada 2018, dia dan Adib, masing-masing berusia 30 tahun, memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini.

“Apabila sudah rapat, kami terus fikir dan rancang ke fasa seterusnya. Apatah lagi ketika itu (2019) masing-masing sudah berumur 28 tahun. Selama ini saya tidak terlalu ‘looking forward’ untuk berkahwin. Tapi selepas rapat, semuanya ‘ngam’ dan serasi dari segi semua perkara.

Wany Hasrita selamat diijabkabulkan pada 22 Julai 2022

“Malah, dari mula perhubungan ia bukan lagi untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Dia pun sama juga begitu. Itu yang kami ambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor, yang mana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja.

“Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, Sarawak, masa dan komitmen kerjaya, jadi kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak. Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.

Dilihat mengambil sikap berahsia dalam perhubungan yang dibina, Wany yang juga pemenang tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) menerusi lagu Belenggu Rindu duet bersama Datuk Jamal Abdillah berkata, perkara itu lebih kepada menghormati peribadi suaminya.

“Bukan rahsia sebenarnya. Saya pun belajar daripada pengalaman sebelum ini yang mana selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan itu tidak perlu dikongsikan. Itu sebab dalam perhubungan kali ini, saya mengambil pendekatan sebegitu. Biar semuanya sudah ‘confirm’ barulah kita kongsikan.

“Lagi pula dia juga bukan seorang yang cenderung kepada media sosial. Dia tak suka menonjolkan diri apatah lagi di media sosial. Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormati,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan suami terhadap kerjaya dan status dirinya yang mana selebriti terkenal tanah air, Wany berkata Adib sangat memahami.

“Macam dikatakan, dia bukan jenis ‘kaki media sosial’. Disebabkan itu dia tak ambil tahu sangat. Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal gosip. Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan.

“Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya dan sangat baik. Dia memahami kerjaya saya dan tak kacau. Cuma berpesan apa yang perlu dijaga, kena jaga. Pendek kata, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga diri. Dalam masa sama, dia pun tahu siapa kawan-kawan saya, sebaliknya begitu juga saya,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Dituduh Punca Penyakit Kelamin Merebak, Perkahwinan Model Ini Juga Pernah Gagal 4 Kali

Next Post

Ranveer Singh Berbogel Lagi, ‘Belanja’ Tubuh Badan Buat Tatapan Pengikut Media Sosial

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawi Agih Bonus RM200,000, Kutipan Filem Pecah Panggung RM3.5 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Struggled To Work From Brunei, Aziz Harun Has Been Living In Malaysia For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disney ‘Freezes’ Tangled Live-Action Project After Snow White’s Flop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Titip Kata Semangat Buat Datuk Seri Vida – “Ya Allah, Kau Tabahkan Hati Mama”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yayasan KRU Meterai MoU Demi Perkasa Kerjasama Dan Jaringan Universiti – Industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kembali Jadi Deejay, Shuib Mahu Bangkit Semula – “Otak Tepu Sebab Lama Sangat Tidur”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Risau Disumpah Jadi Batu, Aril Pilus Buat Ramai Terpegun Dengar Nyanyiannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Pengacara Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Everyone Has Their Own Trials – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Reveals Panic Attacks Prevented Her From Leaving The House

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd