Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Jangan Guna Nama VE!” – Zaf Saran Ahli Baharu Teruskan Kerjaya Nyanyian Dengan Jenama Lain

02/12/2022
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Celebrity, Extra
“Jangan Guna Nama VE!” – Zaf Saran Ahli Baharu Teruskan Kerjaya Nyanyian Dengan Jenama Lain

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Ahli VE yang baru menamatkan saingan di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV-9) diminta supaya tidak memakai nama kumpulan itu sebaliknya menggantikan dengan nama baharu.

Zaf selaku ahli asal dan ketua kumpulan berkata, tindakan berkenaan adalah jalan terbaik supaya tidak timbul kekeliruan dan perbalahan.

BACA: Cham, Adeep, Fakhiz Dan Hakim Nekad Keluar VE – “Zaf Tidak Sepatutnya Masuk Campur!”

Kumpulan V.E mendapat kedudukan kelima di final Gegar Vaganza.

“V.E is V.E. Nama, reputasi dan hasil kerja kumpulan itu dibina dengan susah payah. Jadi cukuplah 11 minggu digunakan dan adalah lebih baik bergerak ke hadapan sebagai kumpulan dan nama baharu. Ia jauh lebih baik untuk kamu semua.

“Di sini saya mohon semua pihak menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka, kita saling menghormati dan semoga hubungan silaturrahim tidak keruh,”

Zaf juga akui dia memilih untuk tidak bersuara ketika GV-9 sedang rancak kerana enggan menggangu tumpuan mana-mana pihak.

“Memang saya diamkan segala-galanya sepanjang mereka bersaing dalam GV bagi menghormati mereka dan Astro.

“Saya rasa baru sekarang masa sesuai untuk disuarakan. Mereka bagus dan boleh teruskan dalam bidang nyanyian tetapi jangan lagi guna nama VE.

“Saya yakin tidak akan timbul masalah, bahkan mereka mampu mencipta jenama baharu memandangkan sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri,” katanya.

Zaf merupakan ketua kumpulan bagi kumpulan V.E.

Zaf atau Zafri Nazaruddin berkata demikian ketika sesi sidang media secara Google Meet di sini.

Zaf menambah, konsep dan apa yang dibawakan oleh kesemua ahli terbabit tidak sama dengan perjuangan muzik dan tahap VE.

“Saya selaku ahli asal dan ketua juga keliru sebab saya tidak tahu menahu perkembangan mereka malah diketepikan sepenuhnya termasuk membabitkan penggambilan ahli baharu.

“Fakhiz sebagai contoh, sepatutnya hanya sebagai pengganti saya, tiba-tiba saya dapat tahu sudah diserap sebagai ahli VE. Sejak bila dan atas persetujuan siapa?” katanya.

Fakhiz telah ditugaskan untuk menggantikan Zafri.

Konflik antara mereka tercetus apabila Zaf selaku orang yang berurusan dengan Astro untuk VE menyertai GV diketepikan secara tiba-tiba tanpa alasan.

Lebih rumit, Zaf mendakwa pengurusan mereka juga tidak membantu malah membiarkan isu ini berlarutan sehingga menimbulkan banyak kekeliruan.

“Saya yang pada asalnya berbincang dengan Astro mengenai penyertaan VE dalam GV9.

“Saya akui ada beberapa langkah yang saya tekankan termasuk menukar pengurusan, kemudian saya terus dipinggirkan dan tidak tahu apa-apa perkembangan.

“Malah saya juga diminta untuk tidak campur tangan dalam hal berkaitan penyertaan VE dalam GV-9,” katanya.

Zafri memberi beberapa kenyataan tentang kumpulan V.E.

Selaku ketua kumpulan, dia akui terkilan kerana beberapa syarat sudah dipersetujui termasuk dia boleh muncul dalan pertandingan meskipun terikat dengan komitmen lain.

“Kalau ikutkan saya boleh muncul pada minggu tertentu seperti dibincangkan dan Fakhiz hanya akan menggantikan saat ketiadaan saya.

“Tapi keadaan jadi lain, malah saya tidak tahu menahu langsung perkembangan selepas itu termasuk penggambilan ahli baharu,” katanya.

Lantaran itu, Zaf berpendirian lebih baik kesemua mereka meneruskan kerjaya nyanyian dengan nama kumpulan baharu bukannya atas jenama VE.

Untuk rekod, ahli asal VE atau Voices Of Euphonious yang ditubuhkan sekitar 1997 ialah Zaf, Abdullah Ahmad (Lah) dan Shahrin Azmir (Shahir).

VE kemudiannya turut dianggotai oleh Damian Mikhail (Damian) dan Charma Adizalilullah Khalil (Cham). – BOOM!

Previous Post

Niat Hijrah Diragui | Tabung Nad Diteruskan | Jasmin Cetus Keliru | Rumah DJ Ditembak

Next Post

[V] “Janganlah Buat Spekulasi!” – Ungku Ismail Maklumkan Nad Zainal Sudah Boleh Bercakap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Reveals Terrifying Experience Of Being Disturbed By A Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd