Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

01/03/2024
BOOM!by BOOM!
in Theatre
Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Teater Muzikal Puteri Hang Li Po yang diberi nafas baharu merupakan antara tiga program utama bakal dipersembahkan oleh Istana Budaya (IB) di pentas Encore Melaka, dijangka pada Oktober ini.

Ketua Pengarahnya Zubaidah Mukhtar berkata teater muzikal yang mengimbau sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pernah dipentaskan di
Panggung Sari, IB pada 2004 itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

“Mengekalkan keaslian jalan cerita dengan beberapa penambahbaikan, lima pementasan (Teater Muzikal Puteri Hang Li Po) ini akan menjadi bukti kerjasama
strategik bersama Encore Melaka yang telah menjadi venue persembahan antarabangsa tersohor.

“Istana Budaya akan menjadi sebahagian pemangkin kepada usaha kerajaan melalui MOTAC (Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya) menyemarakkan industri pelancongan budaya melalui Teater Muzikal Hang Li Po yang mempunyai signifikan kepada simbolik sambutan hubungan diplomatik dua negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program IB 2024 dan Buku Rekaan Kostum.

Zubaidah berkata dua program utama lain ialah Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia yang mendapat kerjasama beberapa institusi pengajian tinggi selain program Lambang Sari Series yang mendapat sambutan jualan tiket di luar jangkaan (panggung penuh) tahun lepas.

“Produk istimewa oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan atau OSK ini juga akan berada di beberapa venue persembahan terpilih dalam negara,” katanya.

Zubaidah turut berkongsi kejayaan pelaksanaan 29 program dengan nilai publisiti media sebanyak lebih RM750 juta tahun lepas dan mengumpul seramai lebih
154,000 penonton di Istana Budaya, sekali gus membantu kepesatan industri serta pulangan penjanaan ekonomi kebudayaan.

Pada majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Mohd Yusri Mohd Yusoff itu, IB turut melancarkan buku rekaan kostum Teater Muzikal Hang Li Po dan Muzikal Cheng Lok serta Buku Rekaan Kostum Teater Kanak-Kanak Muzikal Ali Baba dan Muzikal Sinbad, sebagai bahan rujukan proses penyediaan kostum persembahan di IB.

Mohd Yusri turut menyampaikan sijil penghargaan Nilai Publisiti Media Tertinggi 2023 kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Harian Metro dan Berita Harian.

Selain itu, Zubaidah berkata kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan termasuk bumbung pusat tersebut yang bermula Jun lepas, berjalan lancar.

Bangunan panggung IB ditutup dan tidak akan beroperasi untuk sebarang acara atau pementasan sehingga 5 Jan 2026 dan dijangka dibuka pada tahun yang sama selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. – JURNAL

Sumber: BERNAMA

Previous Post

Skrip Diutamakan, FINAS Tak Biaya 100 Peratus

Next Post

Tan-Ti-Ana Naskhah Raikan Penggiat Filem, Penghormatan Buat Abam Bocey

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawi Agih Bonus RM200,000, Kutipan Filem Pecah Panggung RM3.5 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Titip Kata Semangat Buat Datuk Seri Vida – “Ya Allah, Kau Tabahkan Hati Mama”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disney ‘Freezes’ Tangled Live-Action Project After Snow White’s Flop

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Struggled To Work From Brunei, Aziz Harun Has Been Living In Malaysia For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yayasan KRU Meterai MoU Demi Perkasa Kerjasama Dan Jaringan Universiti – Industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kembali Jadi Deejay, Shuib Mahu Bangkit Semula – “Otak Tepu Sebab Lama Sangat Tidur”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Everyone Has Their Own Trials – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Reveals Panic Attacks Prevented Her From Leaving The House

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd