Pelakon Megan Fox dan penyanyi rap Machine Gun Kelly akhirnya menyambut anak pertama mereka bersama, beberapa bulan selepas perpisahan mereka.
Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan pasangan itu, ketibaan bayi perempuan mereka tidak mengubah status perhubungan mereka buat masa ini.
Melalui laporan People, ada kemungkinan mereka mungkin mempertimbangkan untuk membetulkan hubungan mereka yang rosak, tetapi buat masa ini, tumpuan utama mereka adalah untuk menjadi ibu bapa.
“Tidak kira apa isu yang mereka hadapi, Megan dan MGK berada di halaman yang sama dalam hal keibubapaan. Buat masa ini, mereka bersikap baik antara satu sama lain,” kata sumber itu.
Megan, 38, dan Machine Gun Kelly, 34, bertunang pada Januari 2022 tetapi mengumumkan perpisahan mereka pada November 2024, hanya beberapa minggu selepas mendedahkan bahwa mereka lagi menantikan kelahiran seorang anak.
Menurut sumber itu lagi, tidak mustahil untuk mereka kembali bersama pada masa hadapan.
“Tiada siapa yang akan terkejut jika mereka mencuba lagi. Tetapi buat masa ini, mereka hanya mahu memberikan yang terbaik untuk anak perempuan mereka.”
Adakah kedatangan bayi ini akan menjadi titik perubahan dalam hubungan mereka? Kita tunggu dan lihat. – BOOM!