Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Hanya Kolaborasi” – Aweera Sedia Kembali Bersama Kumpulan Jika Ada Yang Sudi

02/06/2022
Kapten Khaiby Kapten Khai
in Celebrity, Extra, Music
“Hanya Kolaborasi” – Aweera Sedia Kembali Bersama Kumpulan Jika Ada Yang Sudi

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

 

Dikenali ramai bersama kumpulan Mojo sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo, Aweera bagaimanapun sentiasa terbuka untuk menyanyi bersama kumpulan.

Namun menurut pemilik nama penuh Nasharul Aweera Norhissam, 31, nyanyian bersama kumpulan hanya akan muncul sebagai projek usahasama selain ingin memperkukuhkan namanya.

“Ketika ini saya selesa bergerak solo namun sekiranya ada projek besar Insyallah akan ada kumpulan untuk bersama saya.

“Tetapi saya ingin letakkan nama kolaborasi tersebut sebagai Aweera X kumpulan itu kerana saya enggan peminat keliru sekiranya saya bersama dengan beberapa buah kumpulan.

“Saya terbuka untuk bekerjasama dan berbincang secara bagi projek berkumpulan, namun untuk kekal dalam sebuah kumpulan mungkin tidak,” tegasnya.

Ketika ditanya mengenai perjalanan seni selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza 8, Aweera berbesar hati mengumumkan ‘buah tangan’ terbarunya berjudul Hatimu dan semakin matang dalam mengatur perjalanan seni.

“Sebelum ini, macam-macam isu yang pernah saya telan. Saya ambilnya sebagai pengajaran. Saya tidak salahkan sesiapa.

“Saya salahkan diri sendiri. Ketika itu masih muda dan saya belajar. Insya-Allah semuanya akan lebih baik.

“Senang cerita, ini ‘the new Aweera’, doa-doakan. Saya mengaku silap, kita hamba yang lemah. Saya pernah berada di atas sebelum ini.  Apa yang berlaku banyak mengajar, beri pengajaran,” katanya mengambil iktibar.

Merupakan ciptaan komposer yang juga penyanyi terkenal, Tam Spider dan lirik ditulis oleh Keon, dedah Aweera, lagu tersebut bakal dilancarkan pada Julai depan.

Jelas Aweera, dia mengakui cerewet dalam soal pemilihan lagu dan lirik demi memastikan naskhah yang dikeluarkan kekal relevan dalam tempoh lama.

“Macam contoh, lagu Isabella. Kalau dengar rasa macam baru semalam dilancarkan. Saya nak begitu. Kalau penyanyi lain mahu ketengahkan benda yang viral, itu terpulanglah. Itu hak masing-masing.

“Cuma bagi saya, saya lebih pentingkan naskhah yang ‘masterpiece’, maksudnya mungkin dalam tempoh 20, 30 tahun lagi orang tetap akan ingat lagu kita. Itu yang saya mahu,” katanya.

Aweera ditemui di Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya baru-baru ini.

Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya

Untuk info, Jennaira Holding yang diuasahakan oleh Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.

Jennaira Holding yang diuasahakan oleh Datin Seri Azlina Hanim dan suami   

Menariknya lagi, tudung Jennaira yang merupakan produk terbaharu syarikat tersebut telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan Alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.

“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.

“Setiap keluaran itu terhad. Kena pre-order, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena hari raya haji nanti,” katanya

Lebih bermakna, sebahagian hasil jualan tudung tersebut telah meraikan lebih dari 700 pelajar tahfiz dan anak-anak yatim dalam majlis rumah terbuka itu yang menjadi satu tradisi buat Jennaira Holding. – BOOM!

Previous Post

Lanun Kacak Johnny Depp Menang Saman Berjumlah RM218 Juta Terhadap Bekas Isteri

Next Post

“Ramai Cakap Macam Tu” – Disangka Mirip Pelakon Popular, Amy NurTinie Tak Terasa Hati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Criticizes Unfair Judgement of Widowers and Divorced Women

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Police Raid PSY’s Office Over Controlled Drug Violations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Furious As Scammers Cheat Customers Using Her Product Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd