Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Habsah Hassan Jadi Penanda Aras Dalam Gelanggang Penulisan Kreatif – “Karya Seni Harus Lahir Dari Hati”

14/02/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
Habsah Hassan Jadi Penanda Aras Dalam Gelanggang Penulisan Kreatif – “Karya Seni Harus Lahir Dari Hati”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Dalam gelanggang penulisan kreatif, terutama lirik lagu dan skrip drama mahu pun filem, ketokohan Datuk Habsah Hassan berkarya, sering dijadikan penanda aras kepada penghasilan naskhah terbilang.

Di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) terbitan TV3, siapa dapat melupakan detik kejayaan Habsah meraih trofi Lirik Terbaik menerusi lagu Menaruh Harapan dendangan penyanyi sensasi, Zaiton Sameon pada edisi kedua acara anugerah berprestij itu pada 1987.

Hakikatnya, Habsah yang mesra disapa Kak Chah layak digelar legenda, apatah lagi, sehingga hari ini, Habsah sudah menghasilkan lebih 1,000 lirik lagu.

Atas ketokohan itu, Habsah diiktiraf Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang mengabadikan trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi menghargai sumbangan beliau kepada industri kreatif.

Karya seni harus lahir dari hati'

Mengimbau detik kegemilangan pada AJL 1987 yang berlangsung di Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Habsah bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada sejarah acara anugerah yang mengangkat penulis lirik dan lagu.

“Dahulu AJL tidak seperti sekarang. Dahulu pertandingan ini menilai komposisi lagu dan lirik. Keutamaan pertandingan zaman saya adalah lagunya, bukan penyanyi.

“Apa yang dicari dahulu adalah lirik dan lagu yang berkualiti. Penyanyi pula membantu menghidupkan lagu dan lirik sesebuah karya.

“Seingat saya, beberapa tahun awal penganjuran anugerah ini, begitulah caranya. Sambutan meriah ketika itu kerana banyak lagu berkualiti yang dilahirkan komposer kerana mahu mendapatkan pengiktirafan.

“Ketika itu, saya bersyukur menang. Sememangnya saya tidak sangka. Tetapi saya ingat antara sebab kemenangan adalah kerana penulis lirik ketika itu serius dalam menulis, begitu juga saya. Malah, komposer juga serius dalam mencipta lagu. Persaingan ketika itu cukup sengit,” katanya kepada BH Online.

Pada AJL 1987, Habsah turut mempertaruhkan dua lirik nukilannya, iaitu lagu Merisik Khabar nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan Angan-Angan (Skyfire).

Health check-up reveals surprise result | The Star

Lagu lain yang bertanding adalah Mulanya Di Sini nyanyian kumpulan Freedom, Hadirmu (Alleycats), Kerna Terpaksa (Fransisca Peter), Mengapa Sepi Tanpa Berita (Steps), Ku Pendam Sebuah Duka (Khadijah Ibrahim), Sayang Semuanya Sudah Terlambat (Shidee), Memori Luka (Headwind) dan Sekeping Hati Yang Luka (Alleycats).

Berkongsi mengenai keistimewaan lirik lagu Menaruh Harapan, Habsah berkata, karya itu dianggap lagu motivasi buat mereka yang berhadapan kekecewaan.

“Mungkin orang kata lagu itu adalah lagu percintaan. Tetapi, sebenarnya, latar belakang ceritanya adalah memberi motivasi kepada orang yang kecewa. Dalam kehidupan kita, apa yang penting adalah keyakinan kepada Allah.

“Saya tidak tulis lagu itu untuk Zaiton. Saya hanya kenal Zaiton pada malam dia memenangi anugerah ini. Kebanyakannya, saya tidak kenal secara peribadi penyanyi lagu saya. Jadi, mungkin kebetulan perjalanan cerita ini sama seperti apa yang dilalui Zaiton,” katanya.

Habsah juga mengulangi kejayaan mengungguli trofi Lirik Terbaik pada AJL 1995 menerusi lagu Cinta Beralih Arah nyanyian Aishah.

Semuanya kekal tercatat sebagai penghargaan terbaik buat dirinya yang memulakan karier dalam bidang penulisan kreatif pada 1974.

Kenangan manis Habsah dan Zaiton bersama pemenang AJL 1987.

Sebagai individu berpengalaman, Habsah mengingatkan mereka yang mahu menghasilkan lirik atau lagu, perlu serius jika mahu bertahan lama.

“Kalau tidak, hanya dua atau tiga lagu ‘meletup’ kemudian hilang. Apa sahaja yang kita buat, kena serius. Menulis lirik ini bagi orang lain mungkin mudah, tetapi bagi saya payah.

“Bukanlah setakat conteng kata-kata, tapi perlu ada makna, penggunaan bahasa dan pemilihan ayat yang baik. Selain itu, perlu ada mesej dan cerita di sebalik lirik itu.

“Kalau orang kata cerpen itu cerita pendek, pada saya, lirik itu lebih pendek daripada cerpen. Cuma lirik terkawal oleh nota lagu dan pemilihan kata-kata terbatas.

“Jadi, kita kena pilih yang terbaik dari sudut kata-kata, ayat dan sebagainya. Saya juga fikir keindahan bahasa penting,” katanya.

Berkongsi pandangan mengenai tip menghasilkan lirik yang baik, Habsah yang dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Februari 2021 memberitahu, lirik perlu ditulis dengan ikhlas untuk menangkap jiwa pendengar.

“Lirik itu ada landasannya. Ia mengenai apa? Bukan sekadar kata-kata. Saya percaya kita perlu kuasai bahasa. Kalau tidak dapat bahasa yang bagus, lirik kita tidak bertahan lama.

“Bagi saya, ini adalah karya seni. Saya selalu cakap, karya seni harus lahir dari hati. Apa yang lahir dari hati sahaja dapat menyentuh hati orang yang mendengarnya,” katanya.

Habsah memulakan kariernya dalam bidang penulisan lirik apabila mendapat peluang bekerjasama dengan komposer, Datuk Oii Eow Jin dan Din Osman yang ditemui ketika bekerja di RTM.

Habsah Hassan, suami, 2 anak dan 2 cucu positif Covid-19

Tidak mempunyai ilmu formal dalam penulisan lirik, Habsah memberitahu, beliau mengambil cabaran itu dan menulis lagu pertama untuk juara Bintang RTM 1975, Zulkiflee Ahmad berjudul Terkenang.

Selepas itu, Habsah menulis lirik berjudul Teriring Doa dan Suratku Yang Ini untuk album pertama Allahyarham Datuk Sudirman selepas beliau menjuarai Bintang RTM pada 1976.

Sejak itu, Habsah banyak mencipta lirik lagu-lagu untuk Sudirman seperti Merisik Khabar, Terasing dan Salam Terakhir.

Antara artis lain yang turut mendapat sentuhan Habsah adalah Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Salamiah Hassan dan Misha Omar.

Mengangkat tema Muzikaverse, edisi ke-38 AJL akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, jam 9 malam pada 3 Mac ini. – BOOM!

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

Nora Danish Dipuji Awet Muda | Azri Iskandar Tolak Dakwaan ‘Kaki Kikis’ | Fabio Asher, Aizat Amdan Bakal Bergabung

Next Post

Ali Puteh Jual Barang Peribadi Termasuk Trofi Dan Kereta Demi Lunaskan Hutang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Slams Cheating Rumors – “I Got Close After The Divorce”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Aren’t You Afraid Of The Hereafter?” – Linda Hashim Slams Beego Over Child Support Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Peserta The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bintang Program Realiti, Li Ji Han Antara 150 Mangsa Korban Parti Halloween Itaewon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Like I Want To Stuff Chilies In Her Mouth…” – Intan Najuwa Upset Over Comments About Darker Skin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “If You’re Javanese, Are You Considered Malay Too?” – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Broken’ To The Point Of Losing His Appetite

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Suffers Head Injury In Road Accident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd