Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Filem MagiK Dekati Komuniti Masalah Pendengaran – “Kisah Seorang Gadis Pekak Berkomunikasi Dengan Kelip-kelip”

15/09/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Filem MagiK Dekati Komuniti Masalah Pendengaran – “Kisah Seorang Gadis Pekak Berkomunikasi Dengan Kelip-kelip”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sebagai usaha menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran, syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu Tanaka dan Bea Tanaka tampil dengan filem magiK.

Filem bergenre drama, keluarga dan fantasi arahan Tanaka itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

Tanaka berkata, magiK yang juga filem kedua arahannya itu bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang mampu berkomunikasi dengan kelip-kelip, malah menjadi medium untuk penonton mendekati golongan berkenaan.

“Idea menghasilkan magiK apabila idea disatukan iaitu hubungan isteri, Bea dengan komuniti pekak dan minat saya terhadap alam alam semula jadi.

“Begitulah cara dua idea ini digunakan untuk mencipta cerita seorang gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip.

“Sehubungan itu, tayangan khas filem magiK membabitkan tujuh lokasi terpilih di seluruh negara diadakan antara September dan Oktober ini.

“Kami teruja berinteraksi secara langsung dengan penonton yang hadir pada tayangan khas ini.

“Kami berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menonton tayangan khas filem magiK yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga,” kata Tanaka yang juga pengarah filem Nota kelahiran Jepun.

Tayangan khas magiK akan diadakan di Warung Adri, Kuantan, Pahang pada 16 September ini disusuli konsep wayang pacak di Pantai Telaga Papan, Setiu, Terengganu pada 23 September.

Selain itu, lokasi tayangan khas filem berkenaan akan diteruskan di Space08000, Sungai Petani, Kedah (29 September); YMCA, Kuala Lumpur (1 Oktober); YMCA, Georgetown, Pulau Pinang (7 Oktober); PORT, Ipoh, Perak (14 dan 15 Oktober) yang turut menjemput penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.

Jadual tayangan khas magiK akan berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru, Johor pada 20 Oktober depan.

Sementara itu, mengulas konsep tayangan khas berkenaan, Bea berkata, pihaknya mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran supaya dapat menonton filem berkenaan.

“Versi yang akan ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi ‘closed caption’ yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.

“Filem magiK memaparkan masyarakat Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.

“Kami berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Tayangan ini kami bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak untuk menjemput komuniti pekak.

“Kami juga menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perak,” kata Bea yang juga bekas guru pendidikan khas untuk golongan bermasalah pendengaran selama 15 tahun.

Filem magiK yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 30 November depan memaparkan gadis pekak berusia tujuh tahun, Kit yang tinggal di perkampungan terkenal dengan kelip-kelip.

Keluarganya bergelut dengan masalah kewangan kerana bapanya hanya bekerja sebagai pendayung membawa pelancong melihat kelip-kelip.

Ibunya pula menyuruh belajar bahasa isyarat dan pergi ke sekolah, namun Kit tidak berani untuk berkomunikasi dengan orang ramai kerana lebih cenderung untuk hidup dalam dunia yang dikelilingi alam semula jadi.

Namun, semuanya mula berubah apabila Kit bertemu dengan seekor kelip-kelip yang seolah-olah berkomunikasi dengannya. – BOOM!

Previous Post

Kutip RM10 Juta Dalam Masa Empat Hari, Filem No More Bets Cipta Sejarah!

Next Post

Ibu Adi Putra Meninggal Dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd