Penyanyi dan pempengaruh, Caprice meluahkan rasa kesal dan berang tindakan seorang ahli politik sayap kanan Sweden Rasmus Paludan yang membakar Al-Quran di Stockhlom semalam.
Caprice menerusi hantaran di Instagram turut menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam, berhenti membeli barangan daripada negara tersebut sebagai tanda protes terhadap tindakan biadab Paludan.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2023/01/caprice-227x262.jpeg)
“Ini bukan kali pertama Sweeden benarkan mamat ni (Paludan) untuk bakar al-Quran. Sweden bagi dia bakar Quran tahun lepas. Sweden bagi dia bakar Quran semalam.
“Selagi mamat ni tak kena tahan dekat Sweden, saya cabar rakyat Malaysia untuk berhenti support barangan buatan Sweden.
“Jangan masuk Ikea! Jangan masuk H&M! F the meatballs! Selagi mereka memprovok agama kita, selagi itulah kita jangan sokong produk-produk buatan mereka!,” katanya dalam nada marah sambil menggunting sehelai kemeja T jenama H&M.
Hari ini, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia Paludan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga mahu kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan memastikan langkah drastik diambil pada masa depan dalam menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara berkenaan.
Semalam, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.
Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – BOOM!