Pelakon Sophia Albarakhbah mengakui lelaki yang sering kelihatan menemaninya merupakan seseorang yang istimewa di hatinya kini.
Menurut Sophia, itu jugalah jejaka yang fotonya dikongsi di media sosial Sophia kebelakangan ini.
Bagaimanapun kata Sophia, buat masa ini dia tidak mahu berkongsi mengenai hal peribadinya dengan lebih lanjut.
Sebaliknya cukup untuk semua orang tahu bahawa itulah jejaka yang sedang berkawan rapat dengannya sekarang.
Tambah Sophia, dia juga mahu jejaka tersebut dikenali sebagai Mr. Doctor.
“Saya seorang yang tak suka sangat nak kongsikan hal peribadi, nanti bila dah kahwin saya share dan kenalkan dia kat semua orang.
“Mr. Doctor je, cukuplah kenali dia sebagai Mr. Doctor…Tiba masa yang sesuai nanti saya akan tayang kepada semua, lepas kahwin nanti,” katanya.
Sophia berkata demikian menerusi rakaman video yang dikongsi Budiey Channel di Instagram.
Difahamkan, Sophia berkongsi mengenai perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.
Pelakon itu berkongsi perkara itu sebagai menjawab mengenai perkongsian mengenai seorang lelaki yang pernah dimuat naik di Instagram miliknya sebelum ini. – BOOM!