Pentas akhir program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV-9), yang melabuhkan tirai sebentar tadi menobatkan Jaclyn Victor selaku juara terbaharu musim ini.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/photo_2022-11-28_00-07-52.jpg)
Kemenangan Jaclyn itu sekali gus menepati ramalan umum yang ditelah berdasarkan konsistensinya saban minggu.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/photo_2022-11-28_00-07-54.jpg)
Sementara itu, penguasaan Bob Yusof di kedudukan kedua juga telah diduga setelah mempamerkan persembahan luar biasa menyanyikan lagu Sejati.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/photo_2022-11-28_00-07-56.jpg)
Meski berada di tempat ketiga, nyanyian rap Shila Amzah berjaya mendapat pujian juri dan mengejutkan audiens kerana ia sesuatu yang tidak dijangka.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/photo_2022-11-28_00-07-57.jpg)
Vokalis kumpulan New Boyz, Tomok pula menamatkan saingannya dalam program realiti popular tersebut di posisi keempat.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/photo_2022-11-28_00-07-58.jpg)
Dalam pada itu, sekumpulan empat pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai VE menghuni tangga kelima.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/photo_2022-11-28_00-07-59.jpg)
Dan pencabar dari Singapura, Hazrul Nizam akur menerima keputusan sebulat suara juri bagi memenuhi kuota terakhir enam finalis GV-9.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-28-at-12.21.36-AM.jpeg)
Final GV-9 yang berlangsung di Auditorium MBSA dipancarkan secara terus di saluran Astro Ria selama 11 minggu. – BOOM!