Pengacara dan juga bintang Real Men Malaysia: Wira Merah, Daniel Cheang dikecam wargamaya gara-gara sikap mengada-ngadanya menerusi program realiti Real Men Malaysia: Wira Merah.
Menerusi rakaman episod pertama yang tular, Daniel dilihat mengenakan pakaian yang tidak bersesuaian ketika turun ke padang kawad.
Selain mengenakan topi, Daniel turut membawa kipas mini leher (mini neck fan) dan memakai topi.
Malah, Daniel turut mempertahankan sebab dia memakai topi dan enggan membukanya dengan memberikan pelbagai alasan ketika diarahkan berbuat demikian.
“Panas terik tuan, bagilah chance,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa menyampah dengan sikap dipamerkan Daniel.
“Kalau aku dah halau keluar dah, artis tak artis…Peduli apa!”
“Kau dengan topi, sweater, cermin mata, mini fan…Dah kenapa? Mengada-ngadanya! Comfirm budak sunat laser!”
“Alahai, macam mana boleh yakin nak masuk realiti program ni ek?”
Antara komen ditulis wargamaya.
Bagaimanapun ada juga yang membela Daniel dengan mengatakan Real Men Malaysia: Wira Merah adalah pengalaman pertama yang mendedahkan pengacara tersebut kepada aktiviti lasak.
“Hahahaha Daniel, biar i kawad dengan you bawah bumbung.”
“Alahai…mungkin dia tak pernah berkawad sebelum ni, mana la dia tahu nak pakai apa semua. Chill la korang.”
“Depan kamera boleh la abang bomba tu berlembut, kalau tidak…masak kau!” Komen yang lain pula.
Selain Daniel, tujuh selebriti lain yang terbabit dalam rancangan realiti ini adalah atlet Mat Redho (atlet negara speed climbing), Arieff Yong (pempengaruh media sosial), Shashic (pelawak), Eric Lay (model), Hawa Rizwana (hos) serta pelakon Wafiy dan Jasmine Suraya.
Real Men Malaysia: Wira Merah, bersiaran setiap Ahad jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Terdahulu, kejayaan Real Men di negara Korea Selatan telah menarik ramai bintang-bintang ternama walaupun rancangan ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang lasak dan sukar.
Paparan sebenar yang digambarkan menerusi liputan selama 24 jam serta formatnya yang unik dan asli menjadi antara penarik di kalangan para penonton yang ingin melihat sisi-sisi baharu selebriti kegemaran mereka.
Antara A-listers yang menyertai rancangan ini di Korea termasuk Julien Kang, Jackson Wang, Lisa Blackpink, Henry Lau dan Sam Hammington. Rancangan ini juga telah pun di adaptasi oleh negara Thailand (2020) dan China (2021). – BOOM!