Malam minggu kesembilan konsert Gegar Vaganza (GV-9) menyaksikan seramai sembilan peserta menyanyikan lagu yang dipilih oleh rakan peserta itu sendiri.
Menerusi pemerhatian BOOM! di Twitter, Tomok dan Bob Yusof antara peserta yang menjadi perhatian pengguna Twitter.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/ASTRO_0534-scaled.jpg)
Dalam hantaran yang dikongsikan oleh @zahwarezaa, dia menyamakan pemakaian hiasan di kepala Tomok dengan cekak bayi.
“Suami pun cakap sama. Aduh pecah perut!” tulisnya memetik kapsyen.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/ASTRO_0556-scaled.jpg)
Manakala hantaran yang dikongsikan oleh @wagyusedap menyaksikan Bob pula disamakan dengan watak dalam siri animasi popular, Upin Ipin. – BOOM!