“Kalau tidak makan cili, tidak perlulah menggelupur. Orang yang makan cili biasanya selalu menggelupur.
“Andainya betul ada yang terasa, maknanya orang itu sedang makan cili. Lain kali, bacalah ciapan awal saya dulu sebelum terasa,” katanya.
Ditanya sama ada bersedia untuk membantu dari segi mempromosi bagi drama Perempuan Itu yang mencetus kontroversi itu, Zul berkata, dia tiada masalah sekiranya pihak terbabit berminat mengadakan perbincangan.
“Saya sudah menjalankan tanggungjawab. Saya mengaku bersalah dan sudah bayar denda. Yang selebihnya, saya tidak tahu. Itu terpulang kepada mereka.
Baru-baru ini Zul Ariffin telah pun terlibat dengan beberapa kontroversi.
Pelakon itu diarahkan membayar denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang atas kesalahan memuat naik hantaran bersifat sumbang di media sosial pada 18 Mac lalu.
Kandungan itu bertujuan mempromosi drama bersiri Perempuan Itu di bawah terbitan syarikat produksi milik penerbit terkenal, Erma Fatima. – BOOM!