Pelakon Zizan Razak mengakui dirinya lebih tenang dan selesa menjalani rutin kehidupan sebagai seorang bujang.
Kata Zizan, dia memilih untuk tidak memikirkan soal jodoh buat masa ini biarpun tiada niat untuk kekal bujang dalam tempoh yang lama.
“Sejujurnya, saya berasa lebih tenang begini. Nak membujang dalam tempoh yang lama itu tidaklah.
“Cuma saya rasa bila jodoh tu belum ada, saya hargai saja apa-apa yang dimiliki sekarang seperti kerjaya, keluarga dan masa,” katanya.
Menurutnya lagi, dia tidak serik untuk menjalin hubungan dengan seseorang, sebaliknya dia lebih tertarik untuk bercinta selepas mendirikan rumah tangga.
“Bukan kata saya tidak mahu kawin. Semestinya saya pun teringin mempunyai isteri dan anak-anak.
“Kadang-kadang saya suka lihat kawan-kawan yang sudah miliki keluarga mereka sendiri.
“Kalau boleh, saya nak cari peluang untuk kahwin tiba-tiba. Lepas tu, barulah saya fikir cara nak bercinta dengan isteri,” katanya yang enggan lagi menempuh kekecewaan dalam bercinta. – BOOM!