Polemik yang melanda pelakon senior, Halimatussa’diah Mohd Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan dengan bekas pembantu peribadinya mungkin akan berakhir tidak lama lagi apabila kes berkenaan kini dalam penelitian pihak berkuasa dan juga mahkamah.
Rakan pelakonnya iaitu Didie Alias berkata, dia sudah bertemu dengan Mak Wan beberapa minggu lalu dan mendengar cerita sebenar daripada mulut dramatis itu sendiri.
“Saya sendiri minta dia bercerita kepada saya kerana dalam kalangan kawan artis, tiada siapa pun yang ambil tahu hal berkaitan dirinya.
“Alhamdulillah, saya sudah pun dengar dari A hingga Z. Selepas saya dapat tahu cerita sebenar, saya akan selamanya menyebelahi Mak Wan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ni Tak Baik, Tapi Tak Juga Jahat…”- Mak Wan Akui Dibenci Keluarga Sendiri
“Sebab kita ada bukti. Sebagai contoh, bukti duit keluar masuk daripada akaun bank yang diuruskan oleh pihak berkenaan.
“Ya mungkin Mak Wan tahu dia (bekas pembantu) keluarkan duit untuk tujuan apa, tapi benda tu tak dapat. Sedangkan dia nak beli ubat dan makan pun tiada duit.
“Kenapa mesti kau aniaya dia macam tu? Dan kenapa kau mesti create content yang menjatuhkan reputasi dia? Apa yang kau dapat sebenarnya?” soalnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ada Hukum Ke Kata Karaoke Tu Salah?” – Mak Wan Jawab Tuduhan Warganet
Didie berkata, bekas pembantu peribadi Mak Wan ada meminta untuk berjumpa, tetapi dia selesa untuk berjumpa dengan Mak Wan terlebih dahulu.
“Memang dia ada ajak jumpa, siap panggil saya pengecut. Tapi kau siapa? Sebab tu saya pilih untuk berjumpa dengan Mak Wan dulu,” tambahnya.
Dalam masa sama, Didie turut berkongsi perkembangan terkini Mak Wan yang sudah pun dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberikan keterangan lanjut mengenai isu berkenaan.
“Mak Wan telah dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Taiping, Perak pada Selasa. Dan setahu saya, kes ini akan dibawa ke mahkamah pada 28 Julai ini. Sebagai rakan yang rapat dengan Mak Wan, saya akan pantau.
“Saya harap agar kita dapat doakan urusan Mak Wan selesai dengan cepat. Kita minta pihak berkuasa untuk mengadili hal ini dengan saksama. Sebab bukti semua dah ada.
“Orang lain pun tak nak bantu dia, persatuan pun. Di mana mereka? Jadi siapa lagi nak bantu kalau bukan kita?” akhiri Didie.
Terdahulu, bekas pembantu peribadi Mak Wan mendedahkan sikap sebenar bekas majikannya yang dikatakan sebagai panas baran dan suka membuat cerita. – BOOM!
Sumber: Gempak