Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Dina Nadzir Dan Cik B Gesa Wanita Bersaiz Comel Yakin Diri – “Jangan Rasa Insecure!”

23/03/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Celebrity
Dina Nadzir Dan Cik B Gesa Wanita Bersaiz Comel Yakin Diri – “Jangan Rasa Insecure!”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Dua selebriti bersaiz ‘comel’, Dina Nadzir dan Cik B tidak pernah mengambil peduli kata-kata negatif mengenai bentuk tubuh mereka.

Dina atau nama penuhnya Faradina Mohd Nadzir percaya, biar apa jua bentuk badan sekalipun, ia bukan alasan untuk mengalah.

“Wanita bersaiz badan macam kami ini sudah ada keyakinan diri. Kita hidup di zaman sekarang, bukan lagi tabu atau masalah. Kalau kena ejek fasal fizikal kita, pasti ada yang back-up dan hentam mereka.

“Kena jadi diri sendiri kerana setiap daripada kita ada kecantikan tersendiri. Tak kira apa jua saiz badan, pasti ada kelebihan dan kekurangan. Saya hingga saat ini selesa seadanya dengan diri ini.

“Saya masih berdiet, cuma sekadar suka-suka dan meletakkan garis keselesaan diri. Tetapi kalau ada antara kita yang rasa give-up nak berdiet atau mahu kurus, jangan bimbang.

“Tiada tekanan, kita hanya hidup sekali. Paling penting, diri sendiri kena hargai,” kata Dina berkongsi nasihat.

Sependapat dengan Dina, anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B turut berpesan supaya golongan seperti mereka tidak berasa insecure.

“Jadilah diri sendiri. Kita comel, kena bangga dan yakin. Keyakinan diri itulah kecantikan dan ‘alat solek’ utama. Kalau tak yakin, jadilah bagaimanapun takkan nampak kecantikan dan keyakinan itu,” katanya.

Dina dan Cik B ditemui ketika majlis pertunjukan koleksi Mis Claire Ikatan Raya di Bayswater, KLCC baru-baru ini.

Mengulas mengenai Mis Claire, kedua-duanya memuji usaha jenama pengeluar pakaian wanita gempal atau plus size itu dalam menyerlahkan keyakinan golongan seperti mereka.

Mereka menyifatkan jenama yang sudah 11 tahun di pasaran itu terus kebal dan utuh memperkasakan keyakinan dan keberadaan golongan wanita bersaiz besar.

Di saat pasaran pakaian lebih menyerlahkan kelompok wanita bertubuh lansing, jenama itu memberi kepuasan tersendiri kepada dua artis berkenaan serta penggemarnya.

Bagi naib juara program realiti Malaysian Idol itu, dia sudah lima tahun setia memakai pakaian jenama tersebut.

“Saya antara penggemar setia jenama ini. Ia bersifat adventures, nampak mahal dan bertepatan dengan keinginan saya berfesyen. Nak beli rugged jeans yang koyak pun ada. Malah ia menawarkan pilihan warna berbeza.

“Ia sekali gus mencabar diri saya untuk melawan arus, berekperimentasi dari segi warna dan bentuk. Selalunya orang saiz badan macam saya ini terhad dengan pilihan atau bentuk tertentu semata-mata.
Tapi tidak dengan jenama ini,” kata Dina.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin pula mengakui jenama itu memberi solusi mudah kepadanya yang selama ini sukar mencari pakaian.

“Jenama ini memang diketahui umum terkenal kepada golongan yang bersaiz comel macam saya. Tanyalah sesiapa yang berbadan macam saya, tentu jenama ini yang terlintas.

“Kalau tanya beli mana baju raya saiz comel, jawab mereka, mestilah Mis Claire,” katanya.

Sementara itu menurut pengasas Mis Claire, Niko Tan Bee Ai, matlamat jenama mereka ialah untuk memastikan bahawa setiap wanita ‘plus size’ akan menemui gaya yang diidamkan.

Pada tahun inj Mis Claire mengeluarkan sembilan koleksi raya kali ini yang dijual iaitu Petra, Minimal Embroidery, Easy Raya, Raya4All, Romance, Urban Cotton, Dainty Collection, Sahara Night dan Ikatan Raya. – BOOM!

Previous Post

Diana Padam Foto Farid | Mierul Pikat Qasrina | Sarah Fail Hak Jagaan | Syamsul Nafi Berzina

Next Post

“Ayuh Puteri Sarah, Ini Semua Hasutan Orang Ketiga!” – Ibu Syamsul Setia Jadi Penyokong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Desires A Wealthy Man Who Can Guide Her

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Set To Make A Comeback In Conjunction With Their 20th Anniversary

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • HBO Max’s Harry Potter Adaptation Series Expected To Become A Phenomenon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Clarifies Zarina Former Fiancé Is Only A Work Colleague

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • The Danger Of Exploiting Religion: Erma Fatima Uses Walid As A Warning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Singer Nubhan Files for Confirmation of Two Divorce Pronouncements — Seeks Court Validation for 2017 and August Talak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Azlan Komeng Begs Netizens To Stop Urging His Wife To Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd