Pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis berkenaan kelakuan toxic bapa kandungnya dalam sebuah podcast benar-benar mengejutkan banyak pihak.
Melalui pengakuan tersebut, dia dan ibu, Norashikin Mohd Aziz atau Ashikin dikatakan ditekan secara mental dan fizikal oleh bapanya sejak dari kecil sehinggalah ibu serta bapanya berpisah.
Selain mengalami gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri, dia dan ibu juga perlu berdepan dengan jenayah-jenayah yang pernah dilakukan oleh lelaki itu.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Nafsu Macam Binatang!” – Puteri Balqis Dedah Pernah Dicabul Ayah Kandung
Namun masih ada pihak yang mengatakan bahawa mereka membuka aib keluarga sedangkan ia adalah satu pendedahan jenayah yang pernah dilakukan oleh darah daging pelakon itu sendiri.
Susulan daripada itu, Ashikin telah meluahkan rasa kesal dengan dakwaan-dakwaan netizen yang mengatakan anaknya membuka aib keluarga.
Justeru itu, Ashikin menulis di IG Story anaknya dengan menjelaskan segala kelakuan buruk bekas suaminya yang sebelum ini kerap dianggap ‘mulia’ oleh orang sekeliling.
Balqis juga turut menulis di ruangan Instagramnya dengan mengatakan seburuk manapun ibunya, dialah yang sanggup menjaga serta membesarkannya dengan pelbagai caci maki masyarakat.
Tambahnya, dia dan ibu sama sekali tidak menyesal dengan pendedahan tersebut kerana apa yang dikatakan adalah proses yang dilalui dalam hidupnya sendiri. – BOOM!