Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Di Sebalik Kegemilangan Lagu Casablanca, Wujud Konflik Libatkan Penulis Lirik Kelahiran Syria

03/05/2023
Abang Deeby Abang Dee
in Extra
Di Sebalik Kegemilangan Lagu Casablanca, Wujud Konflik Libatkan Penulis Lirik Kelahiran Syria

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Seperti dipromosikan, single duet dwibahasa, Arab-Melayu iaitu Casablanca, dendangan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin, dicipta komposer tempatan, Daqmie.

Bagaimanapun, mungkin ramai tidak tahu lirik lagu berkenaan dihasilkan penulis lagu dari Syria yang berpangkalan di Malaysia, iaitu Abdul Karim Al Ali serta penyanyi, Muadz Dzulkefly bersama isteri, Siti Aishah Mohd Alias.

Mendedahkan perkara itu, Justin Johari yang pernah berkhidmat sebagai Pemangku Pengurus Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) memberitahu, tindakan menghebahkan Abdul Karim sebagai penulis lirik lagu Casablanca bukan mahu mencari populariti.

“Abdul Karim tiada saluran untuk membuat pendedahan mengenai kedudukan sebenar. Mungkin disebabkan dia orang luar. Jadi, ini bukan soal mencari populariti.
“Abdul Karim fikir dirinya hanya orang luar, bukan orang Malaysia. Jadi, dia tidak diketengah sebagai penulis lagu itu.

“Justeru, Abdul Karim yang juga bekas pelajar sebuah institusi lagu asli dan tradisional Arab di Aleppo, Syria, meminta tolong saya suarakan perkara ini bagi pihaknya.

“Penguasaan bahasa Melayu Abdul Karim juga kurang baik. Jadi, dia mohon saya menjadi wakil kepada pendedahan ini,” katanya.

Justin berkata, pada asalnya lirik Casablanca ditulis Abdul Karim dalam bahasa Arab selepas menerima melodi ringkas daripada pasukan Daqmie kepada Muadz yang dikenali sebagai penyanyi yang fasih berbahasa Arab.

“Namun, apabila merasai lirik Bahasa Arab lebih baik ditulis individu yang mahir dan ahli dalam bidang itu, Muadz memberi tugasan itu kepada kawan baiknya, Abdul Karim dengan pengetahuan Daqmie dan Beegood Music.

“Daripada melodi ringkas yang diterima, Abdul Karim mengolah melodi berkenaan dengan lenggok Arab sehingga menjadikan ia seperti lagu baharu.

“Disebabkan itu, kita boleh dengar lenggok lagu ini lebih kepada Arab berbanding Melayu.

“Abdul Karim kemudian menulis lirik lagu ini dalam bahasa Arab. Jika anda mengikuti perkembangan lagu ini, ramai pendengar Arab memberi reaksi pelik mengapa sebutan bahasa Arab menerusi lagu ini, sempurna.

“Ini disebabkan penulis asalnya yang memang handal dalam bahasa berkenaan.

“Selepas Abdul Karim menulis lagu itu dalam bahasa Arab, ia diserah kepada Muadz untuk menterjemahkan lagu itu ke dalam bahasa Melayu. Usaha ini dibantu isterinya, Siti Aishah bagi mencantikkan lagi bahasa Melayu.

“Kemudian barulah lagu itu diserahkan kepada Daqmie dan pasukannya. Namun, pembabitan mereka dalam penulisan lirik lagu ini tidak dinyatakan,” katanya.

Justin berkata, Abdul Karim sudah menjalankan tanggungjawab menulis lirik dan melodi lagu Casablanca dengan baik.

Namun, dakwa Justin, apa yang dikesali pembabitan Abdul Karim dan Muadz dalam menghasilkan lirik lagu Casablanca tidak dicerita, dihebah atau diketengahkan syarikat rakaman untuk pengetahuan ramai.

Muadz Dzulkefly merupakan individu asal yang dipertanggungjawabkan menulis lirik Casablanca sebelum diserahkan tugas tersebut kepada rakannya, Abdul Karim.

“Mungkin dalam kesibukan syarikat rakaman, Beegood Music mereka tidak dapat menerangkan dan memperbetulkan naratif sebenar lagu ini.

“Bagi Abdul Karim dan Muadz, bukanlah ini yang dimahukan ketika mereka bersetuju membantu untuk mencipta sebuah lagu unik di mana mereka beri 200 peratus usaha dan komitmen,” katanya.

Bagaimanapun, Justin berkata, pihaknya tidak menafikan pembabitan Daqmie menerusi lagu berkenaan.

“Kami tidak mahu menidakkan pembabitan mana-mana pihak. Tetapi kami mahu ketengahkan perkara di mana di sebalik lagu ini, bukan hanya satu pihak.

“Sumbangan daripada kedua-dua pihak ini patut diketengahkan. Asalnya, melodi secara kasar yang diberi Daqmie kepada Muadz dan kelainan lagu itu terserlah apabila liriknya ditulis oleh Abdul Karim.

“Beberapa melodi asas diubah bagi menjadikannya lebih sesuai dengan lirik. Ini kemudian dibantu terjemah oleh Muadz serta isterinya, seterusnya diolah lagi pada bahagian Bahasa Melayu oleh Daqmie,” katanya.

Semakan BH Online di YouTube mendapati nama Daqmie dari Daqmie Music Factory dan Wan Saleh sebagai penghasil melodi; Daqmie dan Abdul Karim Al Ali sebagai penulis lirik serta Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie selaku penerbit, dinyatakan pada kredit single Casablanca.

Pada awal pelancaran lagu dan video muzik Casablanca, single ini mencipta fenomena apabila

menjadi karya Malaysia pertama mengungguli carta teratas Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.

Turut berada di tangga teratas di Spotify Viral 50 Malaysia, Joox Malay Hits, Carta Top 10 RIM dan 100 Top Apple Music selepas dilancarkan 4 Jun tahun lalu.

Menerusi aplikasi TikTok dan Instagram, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee GoodMedia itu mencetuskan fenomena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video dihasilkan pengguna laman sosial. – BOOM!

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

“Saya Rindukan Anak…” – Sah Positif Covid-19, Ayda Jebat Mohon Kenalan Jalani Ujian Calitan

Next Post

[V] Sudah Lima Tahun Kenal, Johan As’ari Bakal Menikahi Usahawan Harum Manis Berstatus Doktor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Maintains Turban Image According To Suitability

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Opens Restaurant At A Cost Of RM4 Million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Once Made Zul Ariffin Lose His Patience

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Announces World Tour! Here Are The Locations & Dates You Need To Know

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce To Marry On June 13?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd