Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Dah Macam Orang Bodoh, Mana Maruah Kami?” – Chiwan Kesal Juri Tak Bagi HA Kepada Taici

15/11/2021
Mimi Hadidby Mimi Hadid
in Entertainment, Exposé, Extra
“Dah Macam Orang Bodoh, Mana Maruah Kami?” – Chiwan Kesal Juri Tak Bagi HA Kepada Taici

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Tidak pernah berlaku di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) apabila tiada HA yang diberikan kepada peserta usai persembahan sketsa dipentaskan.

Namun hal itu terjadi pada malam Jumaat lalu selepas kumpulan Taici yang dianggotai Chiwan Chilok, Ilham Abata dan Tapai membuat persembahan mereka.

Disebabkan tidak mendapat HA daripada barisan juri yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose, sekali gus menyebabkan Taici tersingkir dari pentas persaingan MLM 2021.

Justeru, Chiwan menerusi hantaran di akaun media sosialnya meluahkan rasa kesal dengan keputusan tersebut kerana merasakan maruahnya sebagai pelawak telah tercalar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHIWAN_CHILOK (@chiwan_chilok)

“MLM merupakan pentas keramat untuk semua pelawak di Malaysia. Di sinilah kami mula mencari tapak dalam industri komedi tempatan dan di sini juga rumah kami serta tempat mencari rezeki.

“Kami bukan badut yang berada di atas pentas untuk memperbodohkan diri sendiri. Malah dalam kami bertanding, pentas ini juga kami manfaatkan untuk menghiburkan audiens.

“Setiap minggu kami memerah otak mencari ilham untuk dipersembahkan. Apabila persembahan itu menjadi, kami dipuji dan diangkat setinggi langit. Akan tetapi, jika sebaliknya, kami ibarat pesalah yangg menanti hukuman mati,” tulisnya panjang lebar.

Tegas Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, seandainya persembahan Taici ada kekurangan, juri wajar nyatakan secara jelas agar boleh diperbaiki pada masa akan datang.

“Nilailah kami sebagai anak seni yang berkarya, bukannya menilai seperti orang yang bodoh komedi,” luahnya sambil menyuarakan pandangan.

Katanya lagi, semua peserta yang menyertai MLM2021 adalah pelawak yang terpilih, bukan dipilih secara rawak.

“Cukup-cukuplah memandang populariti. Kami kalah dari sudut itu tetapi kami tahu apa itu komedi.

“Biar adil ketika menghakimi. Pertama kali dalam sejarah tiada HA, mana maruah kami? Macam orang bodoh atas pentas yang tak buat apa-apa ke?” persoalnya.

Chiwan bersuara, mereka bukanlah mahu menyatakan bahawa mereka layak memperoleh HA yang banyak, tetapi sekurang-kurangnya juri memberikan atas dasar menghargai penat lelah peserta.

“Diakui, persembahan Taici malam tadi kurang menyengat, tetapi kami yakin dapat dengar gelak tawa orang yang berada di dalam studio.
“Kami sedar anda semua juri, tetapi apabila datang ke sini (studio), sila enjoy the show, jangan buat muka ketat.

“Kadang-kadang tu sampai tertanya-tanya, persembahan kami ini untuk penonton atau juri?” ajunya mohon dijawab pihak berwajib.

Sementara itu di bahagian komen, kelihatan beberapa rakan selebriti turut bersimpati dengan nasib kumpulan Taici.

Malah khalayak juga berpendapat tidak sepatutnya Chiwan dan rakan-rakannya disingkirkan kerana terdapat peserta lain lebih teruk berbanding Taici. – BOOM!

Previous Post

“Ini Otot Original, Bukan Steroid!” – Kim Jong-kook Jalani 391 Ujian Doping

Next Post

[VIDEO] “Belajar Dulu, Kemudian Hafal” – Abe Kelate Dari Turki Tunjuk Handal Rap Melayu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Hurt by Kanye’s Paris Robbery Accusation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira And Shahir ‘Unite’ For The OST Of Duyung Sequel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Shares Guidance For Tattooed Converts

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Announces Magika Studio Development Enters Commercialisation Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Admits 2025 Is A Year Of Sorrow Despite Abundant Opportunities

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed’s Rape Conviction Appeal Decision Set for 23 January 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mariah Carey’s Daughter Refuses To Acknowledge Father’s Other Children As Siblings

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd