Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled, mencuri perhatian di Indonesia apabila dikelilingi peminat yang teruja untuk bergambar dengannya, hingga disamakan dengan populariti bintang antarabangsa seperti IShowSpeed.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Aisar diserbu peminat di Indonesia. Kejadian itu menunjukkan ramai peminat di Indonesia mengagumi pempengaruh muda dari Malaysia ini.
Rata-rata netizen Malaysia meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Aisar di luar negara.
“Itu rezeki dan jalan hidup yang Allah aturkan untuk dia dikenali di Indonesia. Bersyukur dan tumpang gembira dia bawa nama Malaysia,” komen seorang pengikut.
Populariti Aisar turut melonjak selepas beliau mengadakan acara makan percuma di Aceh, yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. Langkah ini menjadikan Aisar bukan sahaja dikenali sebagai pempengaruh, tetapi juga seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Nama Aisar Khaledd kini terus menjadi buah mulut di Indonesia, membawa kebanggaan buat peminatnya di Malaysia. – BOOM!