Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Biar Saya Jadi Pemetik Api Untuk Suarakan” – Nazrin SOG Mohon Tok Ti Tegur Sikap Buruk Siti Zoners

27/05/2022
Adia Mohdby Adia Mohd
in Celebrity, Extra
“Biar Saya Jadi Pemetik Api Untuk Suarakan” – Nazrin SOG Mohon Tok Ti Tegur Sikap Buruk Siti Zoners

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Vokalis kumpulan indie, Sekumpulan Orang Gila (SOG), Nazrin Shah memohon penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza agar menegur tingkah laku peminatnya yang bertindak keterlaluan.

Katanya, sikap mereka yang kononnya merekalah paling berhak dan istimewa hanya akan mencemarkan imej dan nama baik penyanyi tersohor itu yang selama ini dilihat sangat merendah diri.

“Kita selalu nampak di Twitter, Siti Zoners secara aktifnya rasa mereka sangat entitled (paling berhak dan istimewa).

“Perkara ini sangat tidak sihat kerana Siti Nurhaliza sendiri seorang yang sangat merendah diri,” katanya.

Malah penyanyi yang baru memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-36 itu berkata, sekiranya diberikan peluang, dia sendiri ingin bertemu dengan Siti bagi meluahkan hasratnya.

Kontroversi berlaku susulan Nazrin membalas ciapan seorang komposer dan penerbit iaitu JD Wong yang tidak berpuas hati mengenai beberapa penyanyi tanah air yang membuat kemunculan di papan iklan gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Wong mempersoalkan dalam kalangan penyanyi yang muncul di papan iklan itu, siapa saja yang pernah membuat persembahan di New York.

Vokalis berkenaan dalam ciapannya menyelar pihak syarikat rakaman tertentu dan sebuah platform digital penstriman muzik (rangkaian media sosial) yang dikatakan cuma memikirkan soal wang.

Ciapan Raja Nazrin di Twitter

Untuk rekod, setakat ini, beberapa penyanyi tempatan yang pernah muncul di papan iklan itu ialah Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa Reynauld, Aina Abdul dan yang terbaharu, Siti sendiri.

Jelas Nazrin, ciapannya di Twitter telah disalah erti lantas menimbulkan pertelingkahan dalam kalangan warganet.

“Yang terasa dalam bab-bab begini ramai Siti Zoners saja.

“Maksud saya, antara ketujuh-tujuh penyanyi berkenaan, siapa yang betul-betul pernah mengharumkan nama Malaysia?

“Kalau tanya saya hanya ada dua orang iaitu Yuna dan Siti Nurhaliza. Tapi yang lain tu, adakah kita boleh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dengan pencapaian mereka?” ujarnya.

Nazrin pada masa sama menafikan dia bersikap besar kepala memandangkan baru bergelar juara.

Bagaimapun, pemilik nama penuh Raja Nazrin Shah Raja Azaham itu berkata, dia bukan orang sebegitu.

“Jika orang lain tak mahu bersuara, biar saya yang bersuara. Biar saya jadi pemetik api,” katanya.

Tambahnya, dia sebenarnya lebih menyentuh aspek kesedaran dalam menghargai seni muzik.

Namun segelintir peminat Siti Nurhaliza mungkin kurang mempunyai kesedaran dalam menghargai seni muzik.

“Tahap yang sangat rendah. Perkara macam ini sangat kelakar kerana mereka tidak faham konteks. Bila kita cerita, mereka bitter.

“Orang pandang artis sekadar untuk menghiburkan masyarakat.

“Tidak semua artis wujud untuk buat orang terhibur, ada yang mahu buat orang berfikir. Tidak boleh pukul rata bahawa artis perlu buat orang gembira,” katanya. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Astaghfirullah!” – Makin Seksi, Anak Azhar Sulaiman Disindir Tak Cukup Kain

Next Post

“Ada Syarat Kalau Mahu Saya Kembali Ke China” – Shila Amzah Tak Nak Ambil Risiko

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Recovering, Undergoing Physiotherapy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Kugiran Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sweet Birthday Message From Karel Susanteo To Anna Jobling Steals The Spotlight

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Everyone Has Their Own Trials – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • No More Hiding! Bonda Rozita Finally Unveils Photo Of New Husband In Mecca

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Everyone Has Their Own Trials – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Reveals Panic Attacks Prevented Her From Leaving The House

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd