Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Biarpun Kini Ahli Perniagaan, Bekas Pelakon Kanak-Kanak Erna Elliyana Masih Sayangkan Dunia Seni

18/05/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Biarpun Kini Ahli Perniagaan, Bekas Pelakon Kanak-Kanak Erna Elliyana Masih Sayangkan Dunia Seni

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Mula berkecimpung dalam bidang seni sejak kecil, Erna Elliyana kini sibuk mengerah keringat sebagai usahawan.

Erna yang juga juara Sinaran Pasport Kegemilangan 2000 ini juga dilihat lebih selesa menjadi penaja pelbagai program, termasuklah beberapa konsert besar.

“Saya memang sayangkan dunia hiburan tetapi saya masih belum tergerak hati untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Mungkin kerana kesibukan dalam bisnes.

“Saya mengaku ramai peminat yang menghantarkan mesej dan meminta saya untuk melakukan kemunculan semula dalam bidang seni, tapi buat masa ini, biarlah saya fokus dalam perniagaan terlebih dahulu.

“Minat saya masih kukuh dalam hiburan ini saya salurkan menerusi tajaan pelbagai program dan festival. Terbaharu, menerusi perniagaan yang diusahakan, kami bakal menaja beberapa siri konsert.

“Dalam masa yang terdekat, menerusi jenama kecantikan Kamya Glow dan restoran Daigor Hong Kong Muslim, kami menaja konsert Andmesh Kamaleng.

“Kamya Glow menjadi penaja konsert yang bakal diadakan pada 4 Jun hadapan manakala Daigor yang baru sahaja dibuka menaja acara makan malam sempena Meet & Greet bintang berbakat besar Indonesia itu bersama peminat,” katanya.

Erna ditemui di majlis pembukaan Daigor Hong Kong Muslim yang terletak di Jumpa @ Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang pada Isnin.

Bercerita lebih lanjut mengenai ‘buah hati’ itu, Erna memilih itik panggang sebagai antara signature dish istimewa yang wajib dicuba pelanggan.

“Menu istimewa yang wajib dicuba ialah itik panggang. Susah nak cari itik panggang yang berstatus halal di negara kita tetapi kami menjadikan ia sebagai tarikan untuk berkunjung ke Daigor.

“Selain itu, hidangan Cheese Baked Rice dan pelbagai jenis daging, makanan laut, charcoal custard lava bun dan juga air kopi antara keistimewaan yang ditawarkan di sini.

“Kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir tujuh bulan untuk mendapatkan rasa yang paling dekat dengan apa yang dijual di Hong Kong,” katanya lagi.

Sekadar info, konsert Andmesh Kamaleng Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 4 Jun 2023 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan ditaja oleh Kamya Glow iaitu produk kesihatan dan kecantikan dibawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd, yang juga sebuah syarikat subsidari AlphaCapital (M) Berhad.

Daigor pula merupakan rangkaian perniagaan makanan baharu di bawah jenama K-Town Alpha iaitu syarikat subsidiari Alphacapital yang memiliki variasi cabang perniagaan.

Selain Erna yang bertindak sebagai Lembaga Pengarah AlphaCapital, majlis pembukaan terbabit turut dihadiri oleh pengasas Daigor, Andy Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Alphacapital, Syed Mahadzir Fadaak dan Hilal Haizan selaku Lembaga Pengarah. – BOOM!

Previous Post

Riezman Hidap Slip Disc | Eizlan 6 Bulan Tiada Job | Lakonan Uwais Hebat | Fyna, Zainal Cerai

Next Post

“Nasib Baik Tak Pecah” – Tiga Tahun Kepala Ada Ketumbuhan, Ubai Syukur Shila Sentiasa Menemani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Vows To Stop Kissing Women On Set

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Wife Expecting First Child In January

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Trial In Naim Daniel Sexual Assault Case Postponed To Next Year

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rob Reiner’s Son Arrested For Allegedly Killing His Parents

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Claims Beego Lied To Avoid Attending Divorce Proceedings

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Addresses IPhone Boycott Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO To Release Eighth Full Album With Six Members

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Strengthens Its Role In Developing Future National Talent

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Almost Drowns, Cast Safety And Welfare Prioritized

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cardi B’s Actions And Image Draw Attention From Saudi Netizens

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd