Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Bercinta Dengan Bisnes Lebih Menenangkan” – Putus Tunang, Joy Revfa Fokus Berniaga

16/12/2021
Abang Deeby Abang Dee
in Celebrity, Entertainment, Exclusive, Extra
“Bercinta Dengan Bisnes Lebih Menenangkan” – Putus Tunang, Joy Revfa Fokus Berniaga

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sedar liku jodohnya kurang bernasib baik, usahawan kosmetik, Joy Revfa pernah terpalit kontroversi pada 2017 apabila rumah tangga bersama seorang penyanyi hangat diperkatakan.

Malah ketika itu, hampir setiap inci sisi peribadi ibu tunggal kepada Muhammad Arryan Firdaus berusia tujuh tahun berkenaan diintai dan diselongkar.

Bahkan pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad itu pernah melangsungkan pertunangan dengan jurulatih kecergasan bertubuh sasa sekitar Mac tahun lalu.

Namun hakikat sebenar, hubungan dengan jejaka misteri itu juga tidak berkesudahan dengan penamat indah.

“Sepatutnya kami berkahwin tahun lalu. Tetapi akhirnya, saya nekad membatalkan perkahwinan itu kerana rasa tidak serasi dengannya.

“Saya akur dengan ujian hidup ini. Kita mungkin takkan dapat apa yang diingini. Tuhan akan menguji tak pernah berhenti. Pilihan yang ada ialah untuk terus kuat.

“Sekarang saya masih single. Bercinta dengan bisnes lebih menenangkan. Saya pun belum berniat untuk berkahwin. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak.

“Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik.

“Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.

“Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati.

“Entahlah, saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu buat masa sekarang,” katanya.

Baru melancarkan koleksi gincu dipanggil BlackRevfa, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin diaju persoalan cara untuk bangkit selepas berdepan dengan kemelut hubungan tak berpanjangan.

“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.

“Saya terus bangkit dan segera ‘move on’ demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya,” katanya.

Tambah Joy yang terkenal dengan tagline ‘Cantik Bukan Lagi Fantasi’, dia tidak menafikan tanggungjawab semakin besar apabila menjadi ibu dan ayah kepada anaknya sekali gus menguruskan empayar perniagaan.

“Namun saya anggap ketidaksempurnaan itu akan menyempurnakan diri sendiri. Tak ketinggalan, sokongan, motivasi dan kerjasama padu daripada semua pihak menyuntik semangat setiap hari,” katanya optimis.

Dalam perkembangan lain, kehadiran gincu edisi terhad yang juga produk ke-30 keluarannya menjadikannya tak menang tangan.

“Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.

“Gincu ini pada masa sama boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap,” jelasnya memberi penerangan. – BOOM!

Previous Post

“Apa Nak Buat…” – Zain Dan Aaisyah Positif Covid, Che Ta Akur Diuji-Nya

Next Post

“Alahai, So Sweet!” – Elisya Sandha Hadiahkan Suami Motosikal Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Court Orders Seizure of Caprice’s Assets

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ustazah Asma’ Harun Criticises Influencer

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Meghan Trainor Welcomes Third Child Via Surrogate

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fans Entertained, Moved to Tears by EXO’s “REVERXE” Messages

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chris Noth Reveals Strained Relationship With Sarah Jessica Parker

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fauziah Latiff Apologizes as She Announces Concert After 4 Decades

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Grateful To Reunite With Hawra

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chris Noth Bongkar Hubungan Dengan Sarah Jessica Parker Retak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Awie Hesitant to Act, Lost Without Mamat Khalid

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Son Refuses to Reconcile With Victoria, David Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Court Orders Seizure of Caprice’s Assets

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prison Risk: Park Na Rae Advised to Seek Resolution

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iskandar Ismail Crowned GV12 Champion, Takes Home RM100,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nadia Kesuma Laid to Rest in Jeddah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Court Allows Enforcement of Raja Azura’s Maintenance Claim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Red Denies Claims of Not ‘Moving On’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lim Sung-geun Admits to 3 Drunk Driving Offenses

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Megan From KATSEYE Criticized Over Alcohol And Drug Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Shows Proof Of Healthy Weight Loss Amid Netizen Criticism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tommy Lee Jones’ Daughter Found Dead In Luxury Hotel Room

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Abby Receives Delayed Mahr After 22 Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lyricist Denies Obscene Content, Emphasizes Masuk Lagi Depicts Traditional Malay Courtship

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Suffers Head Injury In Road Accident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mutawifah Not The End Of Her Career, Wan Sharmila Believes Allah’s Sustenance Is Vast

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yusof Haslam Pawned His Child’s Birth Certificate To Raise Capital

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ifa Raziah: Interpretation Of “Masuk Lagi” Lyrics Depends On Listener’s Mindset

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd