Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Azad Jasmin Pernah Bermasam Muka Dengan Eira Syazira Sebab Emas – “Dia Takut Kena Scam…”

07/08/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Azad Jasmin Pernah Bermasam Muka Dengan Eira Syazira Sebab Emas – “Dia Takut Kena Scam…”

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Artis versatil, Azad Jasmin mengakui pernah bermasam muka dengan isterinya, Eira Syazira hanya kerana mahu membeli dan melabur emas.

Dia berkata, ketika menyampaikan hasrat itu kepada Eira, isterinya tidak bersetuju kerana bimbang akan menjadi mangsa penipuan atau scammer.

“Jujurnya saya memang pernah ditipu sebelum ini dengan kerugian yang banyak juga jadi saya faham bila Eira tarik muka dan tidak bersetuju pada awalnya.

“Saya cuba yakinkan dia dan Alhamdulillah bila dia nampak saya bawa balik emas itu dalam bentuk fizikal dia mula senyum,” katanya pada majlis menandatangi perjanjian persahaman (MoU) Quantum Metal (QM) Sdn Bhd dan Semboyan Malaysia baru-baru ini.

Azad berkata, tujuan dia membuat keputusan melabur emas sebagai tujuan simpanan untuk masa depan bagi dirinya dan keluarga.

Namun dia mengaku, mengambil iktibar dengan kesilapan lalu dan membuat pemeriksaan mengenai pelaburan yang diceburi ketika ini.

Dia yang juga rakan artis bagi QM berkata, sebelum bersetuju beberapa langkah turut diambil termasuk berjumpa dengan pihak Semboyan Malaysia.

“Saya jumpa sendiri dengan Pengerusinya, Yusof Azmi maklumlah Semboyan satu badan yang banyak membantu kes mengenai penipuan dan scammer termasuk pelaburan emas.

“Jadi saya jumpa untuk bertanya mengenai syarikat QM ini dan kami turun serta berjumpa dengan pengasanya sendiri Datuk Lim Khong Soon.

“Bila jumpa semua soalan yang ditanya boleh dijawab dengan jelas dan memberikan gambaran boleh percaya kepada kami semua,” katanya.

Bagaimanapun kata Azad, mereka yang berminat perlu menggunakan saluran yang betul dan mendapat maklumat tepat agar tidak tertipu.

Katanya lagi, usaha Semboyan mengadakan kerjasama dengan QM satu langkah yang baik dalam memberikan saluran betul kepada orang ramai untuk melabur emas.

“Kita faham ramai yang cari alternatif untuk menjana pendapatan malah ramai yang janji bulan bintang tapi pastikan ia realistik.

“Pada saya, emas ialah pelaburan yang tepat kerana sentiasa ada nilai sampai bila-bila,” katanya.

Azad turut berkongsi berita gembira dia sudah memperbaharui kontrak sebagai penyampai radio ERA FM.

Tambahnya, dia memilih untuk memberikan fokus kepada bidang radio dan pelaburan pada masa ini dan meletakkan lakonan ke tepi.

“Selain di radio selama lebih kurang setengah hari, saya juga bapa kepada tiga anak dara yang memang rapat dengan saya. Jadi saya perlu beri tumpuan kepada mereka.

“Saya juga menyokong kerjaya seni Eira yang kini turut berkembang ke negara jiran Indonesia,” katanya.

Terdahulu, satu majlis Mou diadakan antara QM iaitu syarikat pengimport dan pembekal emas dengan Semboyan Malaysia bertujuan menyediakan solusi kepada hal berkaitan pelaburan emas yang sah. – BOOM!

Previous Post

Eizlan Yusof ‘Hilang Suara’ Kerana Berkempen

Next Post

Laga Pipi Dengan Matty Healy, Vokalis Blink-182 Pula Perli Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Mocks Trump Over ‘Skipping’ The Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Hadid Boyfriend Arrested For Public Intoxication

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Many Messages Asking To Be My Wife.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Jangan Buang Anak, Serah Kepada Saya” – Iesya Toh Jadi Talian Tol Bantu Mangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd