Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Ayie Floor88 Sedia Curi Tumpuan Sebagai Dashmond Dalam ‘Duyung: Legenda Aurora’

19/09/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
Ayie Floor88 Sedia Curi Tumpuan Sebagai Dashmond Dalam ‘Duyung: Legenda Aurora’

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Ayie Floor88 bersedia untuk menggalas tanggungjawab membawakan watak Dashmond dalam filem Duyung: Legenda Aurora, satu cabaran baharu yang memerlukan dirinya berlatih dan menyiapkan diri dari pelbagai aspek.

Sebagai persediaan membawakan watak Dashmond, Ayie menumpukan perhatian kepada kecergasan fizikal dan juga kemahiran berenang.

Menariknya, walaupun Ayie mengakui dia tidak pandai berenang sejak kecil, Ayie sebenarnya tidak asing dengan dunia air.

Pengalaman menyelamnya bermula ketika penggambaran muzik video bersama kumpulannya, Floor88.

Latihan menyelam ketika itu sedikit sebanyak membantunya memahami pergerakan dan kelangsungan di dalam air, satu kelebihan besar untuk wataknya sebagai Dashmond, yang memerlukan aksi di dalam air.

Wajah Seiras Saiful Apek, Satu Bonus untuk Watak Dashmond

Pemilihan Ayie sebagai Dashmond juga datang dengan sebab yang menarik. Wajahnya yang dikatakan seiras dengan pelakon legenda, Saiful Apek, menjadi faktor utama dirinya dipilih untuk watak ini.

Ayie menganggap ini sebagai satu rezeki dan penghormatan kerana Saiful Apek merupakan salah seorang pelakon yang menjadi ikon dalam industri filem tempatan.

“Ramai yang cakap wajah saya ada iras-iras Saiful Apek, jadi mungkin itu juga antara faktor saya dipilih. Bagi saya, ini satu penghormatan besar dan saya harap dapat membawa watak Dashmond dengan sebaik mungkin,” tambah Ayie dengan rendah hati.

Komitmen Utama Tetap Pada Floor88

Sebagai vokalis utama kumpulan popular Floor88, Ayie sentiasa memastikan komitmennya kepada kumpulan itu tidak terjejas. Sebelum menerima tawaran berlakon dalam Duyung: Legenda Aurora, Ayie telah memeriksa jadual Floor88 bagi memastikan tiada pertindihan waktu antara penggambaran dan aktiviti muzik bersama kumpulannya.

“Saya sangat utamakan Floor88. Sebelum saya terima tawaran berlakon, saya pastikan jadual saya dengan kumpulan tidak bertembung. Kumpulan ini adalah keutamaan saya,” kata Ayie dengan tegas kepada BOOM!.

Bukan sahaja Ayie, malah semua anggota kumpulan Floor88 memberikan sokongan padu kepada kerjaya lakonannya. Mereka sentiasa mengingatkan Ayie untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini, walaupun kadangkala kelihatan seperti ‘membahan’ Ayie secara bergurau, namun semuanya demi kebaikan dan menyuntik semangat.

“Mereka mungkin nampak macam membahan saya berlakon, tapi hakikatnya mereka semua ingatkan saya untuk buat yang terbaik. Saya sangat hargai sokongan mereka,” jelas Ayie.

Ayie Berharap Dashmond Jadi Watak Ikonik

Dengan sokongan penuh dari kumpulan dan peminat, Ayie berazam untuk membawa watak Dashmond ke tahap tertinggi. Dia berharap wataknya dalam Duyung: Legenda Aurora mampu meninggalkan impak yang besar, sama seperti watak-watak ikonik lain dalam filem ‘Duyung’ seperti Aspalela dan Jimmy yang pernah mencuri hati penonton.

“Saya harap dapat membawa watak Dashmond dengan baik, dan siapa tahu, mungkin Dashmond boleh jadi watak ikonik satu hari nanti, sama seperti Aspalela atau Jimmy yang pernah mencuri hati penonton,” ujar Ayie penuh keyakinan.

Bagi Ayie, filem Duyung: Legenda Aurora bukan sahaja satu peluang besar untuk memperkembangkan bakat lakonannya, tetapi juga satu batu loncatan untuk membuktikan kemampuannya sebagai seorang penghibur serba boleh.

Dengan dedikasi tinggi terhadap projek ini, Ayie berharap dapat memberikan hasil yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membekas di hati penonton. – BOOM!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Previous Post

Didie Alias, Haniff Hamzah, Dan Riena Diana Bakal Hos ABPBH 36

Next Post

Alif Teega Didakwa Atas Pertuduhan Salah Guna Dana Awam RM63,000

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd