Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Asalkan Tak Mengemis” – Dicop Artis Sendu, Rezeki Keena Mentor Tak Pernah Putus

06/02/2022
Abang Deeby Abang Dee
in Celebrity, Entertainment, Exposé, Extra
“Asalkan Tak Mengemis” – Dicop Artis Sendu, Rezeki Keena Mentor Tak Pernah Putus

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Hampir 13 tahun bergelar anak seni, penyanyi, Keena menyedari dirinya tidak popular seperti rakan seperjuangan yang lain, malah acapkali dia dilabel sebagai artis ‘sendu’.

Tidak kisah digelar sebegitu, Keena atau nama sebenarnya, Suriana Abdul Wahab, 36, tetap bersyukur kerana rezekinya sentiasa ada.

“Saya tidak kisah kalau orang kata saya artis sendu, mungkin saya tidak popular kerana tak buat sebarang kontroversi.

“Kalau boleh saya mahu orang nampak bakat saya. Mungkin saya akan lebih popular jika ada kontroversi, tetapi orang tidak akan memberi sokongan sebaliknya hanya melemparkan cemuhan,” kata Keena.

Keena yang mula dikenali selepas menyertai program realiti Mentor musim ketiga pada 2009 memberitahu, selepas lebih sedekad dalam industri seni dia sudah tidak memikirkan soal populariti

“Memanglah saya sendu, tetapi saya sudah berlakon banyak drama dan telah melahirkan hampir 20 buah single. Saya telah dilantik menjadi ikon antidadah selama tiga tahun bermula tahun lepas.

“Saya juga kini sedang sibuk dengan penggambaran program travelog berjudul Roda Permotoran Malaysia yang bakal memasuki musim kedua.

“Jadi, saya tidak menghilang sebaliknya begitu sibuk dengan kerja. Selain itu, saya juga bakal mengeluarkan single baharu tidak lama lagi,” kongsi Keena yang ditemui pada majlis pelancaran Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) baru-baru ini.

Berbicara tentang perkembangan karier seninya, Keena bersyukur apabila dilantik menjadi penyanyi lagu tema HUN 2022 yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac depan di WTC.

“Lagu yang berjudul Hari Usahawan Negara itu dicipta oleh Amy Ukays dan lirik oleh Datuk Sri Abu Hasan Mohd Nor itu mengambil masa sehari sahaja untuk proses rakaman.

Keena menjadi penyanyi untuk lagu tema HUN 2022

“Sebagai penyanyi, saya berasa cukup bertuah kerana terpilih untuk menyanyikan sebuah lagu tema acara besar seperti HUN 2022.

“Malah, saya bersama kelab motosikal berkuasa tinggi, Black Horses MG juga akan mengikuti program jelajah HUN 2022 ke setiap negeri di Malaysia,” katanya.

Berbicara soal peribadinya, Keena yang telah bertunang dengan jejaka pilihan hatinya dua tahun lalu mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas raya tahun ini.

“Kami telah berkawan selama lima tahun dan bertunang selama dua tahun, jadi rasanya tidak perlu tunggu lagi lebih baik berkahwin sahaja,” ujar Keena.

Sungguhpun begitu, Keena berasa sedih kerana arwah ibunya, Sofiah Wook tidak dapat berada di hari bahagianya kerana meninggal dunia pada tahun lalu akibat radang paru-paru.

“Saya gembira untuk berkahwin tetapi dalam masa sama berasa sedih dan ralat kerana arwah ibu tiada bersama-sama sepanjang proses perkahwinan.

Setelah dua tahun bertunang, Keena bakal menamatkan zaman bujang selepas raya.

“Sedangkan semasa hayatnya, arwah ibulah orang yang paling seronok apabila saya bertunang dan akan berkahwin. Saya anak yang paling bongsu daripada lapan adik-beradik jadi memang sangat rapat dengannya.

“Jiwa memang rasa kosong untuk beberapa bulan pertama selepas pemergian ibu. Namun, ibu sempat menitipkan pesanan kepada bakal suami untuk menjaga saya sebaiknya seolah-olah tahu dia akan pergi dahulu,” luah Keena.

Selain menitipkan doa, sebagai tribute untuk mengenang jasa ibunya, Keena telah menghasilkan dua buah single berjudul Istimewa Ibu dan Anggun pada tahun lalu.

Keena juga kini bergelar usahawan apabila mengeluarkan pelbagai produk kecantikan di bawah jenama Ibu Yah Wook. – BOOM!

Previous Post

Dibuang MIG, Amirul Asyhwad Kini Berbangga Sebumbung Dengan Syafiq Kyle

Next Post

Mafarikha Kembali Bergelar Isteri Selepas Tiga Tahun Menyandang Status Janda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Magika Ice Cream, Collaboration Between Kruniverse And SD Guthrie Berhad

    Magika Ice Cream, Collaboration Between Kruniverse And SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • A Wounded Heart Is Not A Barrier, Fazura Chooses To Forgive Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Special Gift! Maryam Durian Kimchi Welcomes Second Child On Her Birthday

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 3X Bigger Than Marvel? Pokemon Tops Global Anime Franchise Chart!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd