Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Aplikasi Marhaen.my Permudah Cara Salur Bantuan Kepada Kelompok Yang Memerlukan

08/04/2022
Kapten Khaiby Kapten Khai
in Extra
Aplikasi Marhaen.my Permudah Cara Salur Bantuan Kepada Kelompok Yang Memerlukan

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini oleh kerajaan ternyata memberikan kesan kepada ramai rakyat Malaysia terutama dalam sektor ekonomi.

Malah, banyak syarikat terpaksa gulung tikar sekaligus membuatkan segelintir rakyat menganggur dan mencari ikhtiar untuk meneruskan kehidupan.

Prihatin dengan masalah tersebut, sebuah syarikat tempatan tampil dengan inisiatif serta idea kreatif memperkenalkan aplikasi Marhaen.my.

Cetusan nama Marhaen.my diinspirasikan dari kesepakatan rakyat Malaysia yang sering berkongsi rezeki dan saling membantu antara satu sama lain.

Platform ini dibangunkan secara kutipan derma atas talian bagi membantu rakyat Malaysia yang bergelut dari segi kewangan dan memerlukan bantuan makanan dengan segera.

Sumbangan diberikan kepada yang memerlukan

Objektif platform ini adalah untuk membantu dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan platform digital dan kemudahan menyampaikan dana, infaq, wakaf dan sumbangan secara atas talian.

Di samping itu, Marhaen.my dapat memastikan capaian maklumat berkenaan sebarang kempen dan program yang dianjurkan oleh pertubuhan atau organisasi yang berdaftar dapat disalurkan secara telus kepada rakyat di setiap pelusuk tempat dalam negara ini.

Marhaen.my juga komited dan fokus dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan individu, secara terurus dan mudah di mana pemeriksaan latar belakang akan dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penipuan.

Inisiatif ini juga menggalakkan orang ramai untuk terus memberi bantuan secara berterusan dan tidak terhad kepada satu kempen sahaja.

Proses pemberian sumbangan kepada penerima bantuan dibuat secara mengintegrasikan fungsi pembayaran dalam talian (FPX). Pengguna aplikasi boleh memantau perkembangan sesuatu kempen yang dipilih dari semasa ke semasa sehingga berjaya.

Marhaen.my aktif dalam memberikan sumbangan kepada orang ramai

Menariknya lagi, aplikasi ini akan terus memaparkan kempen kutipan derma yang masih aktif. Apabila kutipan derma berjaya dikumpulkan mengikut jumlah yang ditetapkan, bantuan tersebut akan terus diagihkan kepada golongan yang memerlukan mengikut kempen. Secara tidak langsung, Marhaen.my menjadi sebuah platform yang dipercayai.

Aplikasi ini bukan sahaja dapat membantu masyarakat dari segi kewangan menerusi kempen derma orang ramai, malah bantuan bank makanan secara virtual turut disediakan.

Orang ramai boleh menyumbang dengan memilih untuk menambah barang keperluan seperti beras, gula, minyak masak, tepung dan lain-lain di ruangan Gerobok Rezeki.

Selain itu, pemohon juga boleh memohon barangan keperluan tertentu seperti lampin bayi atau ubat-ubatan di aplikasi tersebut.

Pihak Marhaen.my akan menguruskan barangan yang dimohon dan menguruskan penghantaran secara kurier kepada pemohon. – BOOM!

Previous Post

Pija Bercerai | Dua Isteri Iman Diceraikan | Teka-Teki Anak Aizat | Wany Dah Nak Kahwin

Next Post

Kahwin Olok-Olok, Kourtney Kardashian Belum Lagi Sah Bergelar Isteri Travis Barker

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Kugiran Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Recovering, Undergoing Physiotherapy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Peserta The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sweet Birthday Message From Karel Susanteo To Anna Jobling Steals The Spotlight

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Slams Cheating Rumors – “I Got Close After The Divorce”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Recovering, Undergoing Physiotherapy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Faces Legal Action For Hanging Bras On Hollywood Sign

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd