Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Anak Jins Shamsuddin, Menang Lawan Dua Abang Kes Penjualan Tanah Bernilai RM2.75juta

11/01/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Celebrity, Extra
Anak Jins Shamsuddin, Menang Lawan Dua Abang Kes Penjualan Tanah Bernilai RM2.75juta

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Anak Seniman Legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat, 36, berjaya mengetepikan dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah seluas 0.265 hektar di Kampong Pasir, Gombak yang dibuat oleh dua abangnya, Jeffrey Jins dan Hang Tuah, tiga tahun lalu.

Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Surat Wakil Kuasa itu sah, seterusnya menolak tuntutan dibuat oleh Jeffrey dan Hang Tuah.

Putera Hang Jebat yang juga anak sulung arwah Jins menerusi perkahwinan ketiga bersama Puan Sri Halijah Abdullah, menyifatkan kemenangan itu dapat membersihkan nama ahli keluarganya termasuk arwah bapa, ibu dan adiknya, Putera Hang Nadim.

Hang Jebat bersama Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin (bapa).

“Saya bersyukur membuktikan tuduhan Jeffrey dan Hang Tuah mendakwa saya memalsukan tandatangan arwah ayah ketika penjualan tanah seluas 0.265 hektar pada 2015 tidak benar.

“Kemenangan ini dapat membersihkan nama saya dan ahli keluarga yang tercalar selepas pelbagai fitnah serta maki hamun dilakukan dalam media sosial.

“Paling saya marah menggunakan media sosial untuk memaki hamun ibu, sedangkan saya tak pernah melakukan perkara sedemikian,” katanya kepada BH Online.

Putera Hang Jebat berkata, pertikaian mengenai penjualan tanah bernilai RM2.75 juta itu dibangkitkan Hang Tuah selepas pemergian arwah ayahnya.

Hang Tuah mendakwa, Putera Hang Jebat meniru tanda tangan arwah bapa bagi membolehkan proses penjualan tanah tanpa pengetahuannya.

Menjawab isu pemalsuan tanda tangan, Putera Hang Jebat menjelaskan, proses menjual tanah dilakukan ketika arwah ayahnya masih sihat.

“Ramai keliru mengenai penjualan tanah ini. Ia dilakukan ketika arwah masih waras.

“Arwah sudah menyerahkan tanah berkenaan kepada saya, cuma belum ditukar nama. Ini kerana saya perlu mengisi borang 14a yang turut membabitkan kos guaman.

“Disebabkan masih belum tukar nama, jadi arwah perlu menandatangani Surat Wakil Kuasa. Itulah punca Jeffrey dan Hang Tuah menuduh saya meniru tanda tangan arwah.

“Namun, hasil pengesanan kimia dilakukan dengan membandingkan 10 tanda tangan milik arwah, mahkamah tidak mengatakan iya atau tidak, sebaliknya, tanda tangan sah milik Allahyarham Jins Shamsuddin,” katanya.

Putera Hang Jebat berkata, dia kesal Hang Tuah selama ini tidak pernah mengambil tahu mengenai arwah tiba-tiba menuntut hak sama rata ke atas tanah berkenaan.

“Saya bersama ibu dan adik menjaga arwah selama ini. Saya yang beli keperluan seperti ubat-ubatan dan menanggung adik masih belajar ketika itu.

“Dia tidak pernah ambil tahu pasal arwah tiba-tiba muncul mahukan hak sama rata.

Apapun bersyukur, kemenangan berpihak kepada saya dan nama bersih kembali selepas fitnah dilemparkan kepada kami sekeluarga,” katanya.

Jeffrey adalah anak sulung hasil perkahwinan arwah dengan bintang legenda, Allahyarham Rahmah Rahmat. Manakala, Hang Tuah pula anak kedua arwah menerusi perkahwinan dengan Jamilah Shukor pada 1973. –BOOM

Sumber: BHOnline

Previous Post

Jangan Kirim Hadiah Dan Bunga Sehingga Jin BTS Tamat Latihan Ketenteraan

Next Post

Rossa Sera Masih Isteri Shuk, Keputusan Mahkamah Selepas Pulang Dari Umrah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Viral Video Of Entering A Club: Emma Maembong Comes Forward With Explanation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd