Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Amy Dedah Pihak Ketiga Punca Kemelut, Tetap Teruskan Legasi Search Dengan Barisan Baharu

01/01/2022
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Entertainment, Exposé, Extra
Amy Dedah Pihak Ketiga Punca Kemelut, Tetap Teruskan Legasi Search Dengan Barisan Baharu

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sejurus Search memperkenalkan ahli terkini mereka termasuk Denden Gonjales selaku vokalis, Amy tampil bersuara menetapkan pendirian untuk meneruskan jenama kumpulan itu dengan barisan baharunya.

Membuka lembaran tirai kalendar 2022, kemelut ahli kumpulan rock legenda berkenaan menjadi antara fokus dalam radar industri hiburan tempatan.

Memetik laporan BH, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, mendakwa sikap tidak profesional dua pemain gitar Search, Noordin dan Kid menjadi punca dia mengundurkan diri.

Dia turut memberitahu, campur tangan pihak ketiga juga menjadi penyebab terhadap kemelut yang melanda kumpulan berusia lebih empat dekad itu.

Pada masa sama penyanyi dengan signatur ‘phewit’ itu menegaskan, dia akan terus menggunakan nama kumpulan ikonik tersebut untuk barisan baharu yang membariskan pemuzik ternama seperti Nasir Daud (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar).

Buat kali pertama membuka mulut membicarakan isu persengketaan yang berlaku, Amy, mengakui kesabarannya tidak mampu dibendung selepas berlaku insiden kemuncak kepada segala kekecewaan terhadap dua pemain gitar adik-beradik terbabit.

“Bukan saya menjadi punca terhadap kontroversi timbul, malah merekalah pencetus. Cuma sebelum ini saya mengambil sikap mendiamkan diri.

“Gagal hadir latihan dan sesi promosi album serta konsert sudah menjadi perkara biasa. Bayangkan, ketika rakaman album Katharsis, Noordin tidak menghabiskan rakaman.

“Perbuatannya jelas menggambarkan betapa dia tidak hormatkan penerbit iaitu Datuk M Nasir dan anggota Search lain termasuk pelabur bagi pembikinan album, Datuk Zaharul.

“Saya bukan tidak matang seperti yang didakwa, tetapi sudah bosan melayan kerenah Noordin dan Kid yang lebih banyak menyusahkan,” katanya.

Tambah Amy, konflik dalaman Search timbul disebabkan campur tangan pihak ketiga yang cuba ‘menunggang’ nama Search demi kepentingan peribadi.

“Tindakan pihak ketiga ini mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan netizen terutama peminat Search. Sebagai band berpengalaman selama 40 tahun, kami amat terbuka dalam soal perniagaan.

“Susulan itu, saya dan Nasir berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan Search daripada jatuh ke tangan pihak yang tiada kena-mengena,” ujarnya.

Amy berkata, dia terpanggil bertemu Nasir selepas kerap memujuknya kembali ke pangkuan Search.

“Perjumpaan penuh makna ini dipenuhi dengan perbincangan mengenai keadaan Search ketika itu. Saya menuntut beberapa syarat jika mahu saya kembali. Antara syarat, Search harus kembali ke pangkal jalan iaitu bersama anggota asal yang pernah bersama sejak 1981 demi meneruskan legasi Search. Jujurnya, saya bahagia bersama barisan anggota asal Search ini,” katanya.

Search sewaktu Amy dan Nasir masih berada dalam kumpulan itu

Sementara itu, Nasir turut mempersoalkan tindakan dua beradik itu yang mengguna pakai nama Search untuk meneruskan ‘survival’ dalam bidang seni.

“Noordin dan Kid tidak yakin dengan kemampuan diri. Apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka mahu membolot Search bersama pihak lain.

Barisan terbaru Search

“Mereka berbohong dan merosakkan jenama yang pernah berpayung. Saya harap mereka sedar tindakan yang dilakukan. Search hanya satu. Selain daripada itu, hanya Search palsu!” tegasnya. – BOOM!

Previous Post

Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

Next Post

“Lambang Titik Peluh Saya” – Wani Kayrie Hadiahkan Dirinya Sebuah Kereta Jenama Mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd