Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Amir Masdi Lancar Album Lepas Tujuh Tahun Jadi Penyanyi

18/07/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Music
Amir Masdi Lancar Album Lepas Tujuh Tahun Jadi Penyanyi

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selepas tujuh tahun, penyanyi Amir Masdi akhirnya melancarkan album solo sulungnya berjudul AMIR MASDI.

“Album ini berkonsepkan matahari kerana ia adalah salah satu sumber utama kita dalam kehidupan. Matahari juga ada ‘sunrise’ dan ‘sunset’, jadi album ini adalah ‘sunrise’ atau boleh dikatakan kelahiran pertama saya. Ia juga ibarat cahaya pertama yang menyinari karier saya.

“Album ini ada sejumlah 12 lagu termasuk yang sudah pernah dikeluarkan sebelum ini dan juga lagu baharu yang saya tulis bersama beberapa penulis lirik dan komposer lain sejak PKP lagi. Sebenarnya, perancangan untuk hasilkan album ini sudah lama dan ia adalah impian saya sejak dulu lagi.

“Album ini bukan sahaja satu hadiah buat peminat, tetapi ia juga satu kejayaan peribadi buat saya sebagai seorang penyanyi. Bagi saya, tidak lengkap sekiranya seseorang penyanyi itu tiada album. Album juga menjadi satu kekuatan buat seorang penyanyi kerana dia boleh persembahkan karya penuhnya dalam satu pakej kepada umum,” katanya.

Album yang memuatkan sejumlah 12 lagu itu menjadi pertaruhan berani Amir bukan saja sebagai penyanyi tapi juga sebagai seorang pelabur yang turut mengeluarkan kos sendiri selain dibantu oleh pihak Nova Music dalam proses rakaman.

Melawan arus, album AMIR MASDI bukan saja dilancarkan di semua platform digital tapi juga diterbitkan dalam bentuk fizikal.

“Memang ramai akan persoalkan sekiranya album dikeluarkan dalam bentuk fizikal ketika ini. Memang akan ada rasa kurang yakin bila mahu lancarkan album secara fizikal sebab tak pasti sama ada orang nak beli ke tak.

“Pada saya, itu adalah perkara kedua. Yang penting, saya hasilkan sebuah buah tangan peribadi bagi semua peminat. Ia juga memenuhi impian saya selama ini.

“Saya yakin ada golongan peminat yang mahukan satu hasil karya yang boleh dipegang dan menjadi barangan simpanan peribadi. Saya juga percaya album fizikal ada nilai sentimental berbanding album digital.

“Album fizikal ini juga boleh mengimbau kenangan lalu 10 hingga 20 tahun di masa depan. Album ini memang saya dan pengurus keluarkan modal sendiri untuk menghasilkannya dan pihak Nova Music turut membantu dari segi mempermudahkan proses rakaman.

“Ini boleh dikatakan loncatan ‘berani mati’, tapi saya percaya semuanya akan berakhir dengan baik. Walaupun mungkin tidak dapat pulangan dari modal yang dikeluarkan, tidak mengapa sebab apa yang penting album ini sudah terhasil.

“Sebagai permulaan, saya dan pihak pengurusan akan keluarkan sebanyak 500 keping CD album ini dan sekiranya ada permintaan lagi, saya akan ulang cetak album ini. Ada juga album premium di masa depan di mana ia diterbitkan dalam satu pakej khas termasuk beberapa produk tambahan. Tapi, ia cuma akan dilancarkan selepas album standard ini”, katanya.

Berkongsi lanjut mengenai album itu, Amir berkata pencarian material lagu untuk album sudah bermula sejak beberapa tahun lalu.

“Saya mula kumpul bahan untuk penghasilan album ini sejak sebelum PKP lagi. Kalau tak silap, selepas penghasilan lagu Asmara. Kemudian saya jumpa ramai komposer untuk buat lagu. Proses album ini bukan saya buat lagu banyak-banyak kemudian baru pilih. Tapi untuk album ini, saya terus tulis lagu atau tentukan konsep apa yang dimahukan, barulah kami masukkan lagu tersebut dalam senarai lagu album.

“Lagu-lagu dalam album ini memang kami senaraikan dari awal dan apabila sampai cukup 12 lagu, barulah kami teruskan proses seterusnya. Single pertama saya berjudul Pemilik Cinta juga dimasukkan dalam album ini tetapi dengan susunan semula muzik dan rakaman semula vokal”, katanya.

Menariknya, bersempena pelancaran album AMIR MASDI pada 7 Julai 2023, Amir turut mengadakan persembahan eksklusif khas buat peminat setianya.

“Sebenarnya, saya mahu buat siri jelajah untuk album ini, tapi buat permulaan saya akan buat ‘showcase’ dahulu sempena pelancaran album ini sebab saya juga tak pernah buat persembahan dengan 12 lagu sendiri sebelum ini.

“Dari situ juga, saya boleh menilai kemampuan saya mempersembahkan sejumlah 12 lagu pada satu masa. Setidak-tidaknya, saya boleh biasakan diri mempersembahkan lagu-lagu yang banyak dalam satu persenbahan secara langsung.

“Sebagai seorang penyanyi, kita mahu tinggalkan satu legasi, bukan untuk mengejar populariti dan duit semata-mata. Populariti dan duit itu adalah bonus dan motivasi untuk karier seorang penyanyi itu,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Ismahalil Hamzah Mahu Jumpa Ibu – “Saya Nak Balik Jaga Emak…”

Next Post

Bapa Pelakon Hasnul Rahmat Meninggal Dunia Di Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce To Marry On June 13?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Opens Restaurant At A Cost Of RM4 Million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Maintains Turban Image According To Suitability

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Announces World Tour! Here Are The Locations & Dates You Need To Know

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Brings MY SWEET HOME Across Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher To Marry A Man 40 Years Younger

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mariah Carey’s Daughter Refuses To Acknowledge Father’s Other Children As Siblings

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd