Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Along Cham Jawab Tuduhan Tak Berhati Perut Halang Bekas Isteri Jumpa Anak

22/05/2022
Abang Deeby Abang Dee
in Celebrity, Extra
Along Cham Jawab Tuduhan Tak Berhati Perut Halang Bekas Isteri Jumpa Anak

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Lima tahun meraikan Syawal bersama anak tunggal tanpa kehadiran seorang wanita digelar isteri, pelakon dan pelawak, Along Cham, 39, sudah semakin lali dengan situasi hidup bersendirian.

Namun, sebagai bapa, persiapan raya lebih banyak kepada anak tunggalnya, Ahmad Danial yang kini berusia 10 tahun.

“Dahulu fasa awal perceraian, tipulah jika tidak rasa sepi. Dengar takbir raya pun saya jadi sayu.

“Dalam hidup, siapa mahu berkahwin untuk bercerai? Namun, ini takdir hidup saya.

“Pada musim perayaan, saya lebih banyak menghabiskan masa bersama anak dan keluarga. Persiapan pun lebih kepada mereka, saya akan cuba penuhi segala keinginannya,” katanya.

Meraikan Syawal di rumah keluarganya di Johor Bahru, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, dia selesa bersederhana menyambut Syawal.

“Selalunya raya paling seronok melihat golongan kanak-kanak. Kita yang besar panjang, kenalah ‘standby’ duit raya.

“Saya pun tidak terlalu terbeban nak pakai baju raya apa atau kena sediakan berapa pasang. Cukuplah saya bersederhana dalam segala perkara,” katanya.

Bakal membintangi filem terbaharu arahan teman baiknya, Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim, Along juga menjawab kecaman netizen yang menuduhnya melarang bekas isteri yang juga penyanyi Zila Seeron bertemu dengan anak.

Dilihat seperti zalim, Along menjelaskan, Zila hanya tidak dibenarkan membawa Ahmad Danial keluar atau tidur di rumahnya atas perintah mahkamah.

Along Cham bersama anaknya Ahmad Danial

Masih mengunci mulut punca perceraian, pelakon filem Adnan Sempit dan Hantu Kuat Ketawa itu berkata, dia masih berlembut hati berbanding segelintir lelaki yang terus melarang bekas isteri yang nusyuz bertemu anak.

“Ada netizen menghantar mesej langsung dalam media sosial dakwa kononnya mendapat maklumat saya melarang bekas isteri datang menjenguk dan bawa anak keluar rumah.

“Mungkin ada yang tidak faham situasi sebenar kerana tidak mengikuti kes perceraian kami. Dalam perintah mahkamah, Zila hanya dibenarkan melawat anak.

“Siapa yang mengikuti kes, mesti faham. Mungkin ada netizen yang baru tahu, nampak seolah-olah saya zalim.

“Mereka tidak baca atau faham keadaan sebenar dari awal. Saya memang tak buka mulut mengenai punca perceraian.

“Tetapi, saya tidak pernah larang, pintu rumah sentiasa terbuka buat Zila. Soal hak penjagaan anak, takkan tak faham hukum nusyuz. Kiranya, saya masih berlembut, sesetengah lelaki terus ‘haramkan’ berjumpa anak,” kata Along.

Dalam pada itu, Along mendedahkan kali terakhir bekas isteri bertemu dengan Ahmad Danial sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 2020.

“Kali terakhir, Zila datang jumpa Ahmad Danial sebelum PKP yang pertama. Mungkin Zila ada alasan tersendiri kenapa tidak datang jenguk anak. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuknya datang melawat.

“Saya dapat tahu Zila sudah pun berkahwin. Tetapi, Zila dan Ahmad Danial ada berhubung menerusi telefon.

“Mungkin Zila sudah kahwin dan memiliki anak. Jadi, mungkin sibuk dengan tanggungjawabnya.

“Saya nak marah berlebihan pun tak boleh. Takkan saya nak paksa Zila datang tengok anak pula,” katanya.

Along mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila pada 23 Januari 2010 dan dikurnikan seorang cahaya mata, Ahmad Danial. Bagaimanapun, Along dan Zila bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016. – BOOM!

Sumber: Berita Harian

Previous Post

Deejay Tak Sensitif | Superhero Elfira | Michael Ang Mengamuk | Aktres Buat Hal

Next Post

“Saya Pemilik Mutlak!” – Amar Baharin Bengang Disekat Buat Penggambaran Di Rumah Sendiri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Prison Risk: Park Na Rae Advised to Seek Resolution

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iskandar Ismail Crowned GV12 Champion, Takes Home RM100,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nadia Kesuma Laid to Rest in Jeddah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Considers Dropping West From Children’s Names

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Criticized for Using Celebrity Status to Perform Solo Violin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Court Allows Enforcement of Raja Azura’s Maintenance Claim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mimi Lana, Shafiq Kyle Makan Semeja | Lelaki Indonesia Ugut Culik Anak Nabila Huda | Hormat Konflik Palestin-Israel Konsert Milenia 2023 Tangguh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Awal Muzik Perlu Sokongan Wartawan, Tidak Hanya Bergantung Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpul 350,000 Pendengar Baharu, Suria FM Sasar Terus Melonjak Pada 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Actress Nadia Kesuma Missing in Jeddah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rihanna Relieved Desire for Fourth Child Not Considered Crazy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Solidarity for Palestine, Sudan: Bella Hadid, Pedro Pascal Raise US$5.5 million

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gurauan Remy Ishak Bersama Wanita AI Sekadar Hiburan – Isteri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Blake Shelton Denies Divorce, Still Happy With Gwen Stefani

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Not Pretty Enough,” Jennifer Lawrence Misses Sharon Tate Role

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prison Risk: Park Na Rae Advised to Seek Resolution

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BTS Announces 79-Show World Tour Including Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Syed Saddiq Proud of Ayden’s Kinabalu Attempt

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Megan From KATSEYE Criticized Over Alcohol And Drug Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tommy Lee Jones’ Daughter Found Dead In Luxury Hotel Room

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Duyung: Lagenda Aurora Praised As A Bold Experiment by An Academic Director

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Shows Proof Of Healthy Weight Loss Amid Netizen Criticism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Abby Receives Delayed Mahr After 22 Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lyricist Denies Obscene Content, Emphasizes Masuk Lagi Depicts Traditional Malay Courtship

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yusof Haslam Pawned His Child’s Birth Certificate To Raise Capital

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Suffers Head Injury In Road Accident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mutawifah Not The End Of Her Career, Wan Sharmila Believes Allah’s Sustenance Is Vast

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd