Pelawak Along Cham mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas memuat naik hantaran berkaitan mahkamah di Instagram Story miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, bersyukur kerana urusannya di Mahkamah Syariah telah selesai.
“Alhamdulillah, selesai untuk urusan Mahkamah Syariah,” tulisnya ringkas tanpa memberi butiran lanjut.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah tanda pagar #arbaiebujangkembali yang digunakan, seolah-olah memberi bayangan status rumah tangganya sudah berakhir.
Sebelum ini, isterinya, Afreena Suhaimi, 33, turut berkongsi luahan hati di Instagram, mengakui dirinya tidak sempurna dan banyak melakukan kesilapan dalam perkahwinan mereka.
Dia juga menyatakan hasrat untuk memulakan kehidupan baharu dengan lebih tenang.
Sebelum ini, Along pernah memaklumkan bahawa dia akan memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Syariah Sepang dalam masa terdekat.
Sebagai info, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024. – BOOM!