Seorang wanita tampil berani membuat pendedahan mengejut apabila mendakwa rumah tangganya telah diganggu oleh seorang selebriti wanita berimej muslimah.
Memetik laporan Gempak, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Y mendakwa selebriti itu cuba menjadi orang ketiga dan mengganggu perkahwinannya sejak dua tahun lalu.
Menurut Y, dia pada mulanya langsung tidak menyangka suaminya menjalin hubungan istimewa secara diam dengan selebriti itu, apatah lagi mereka mula berkenalan atas urusan perniagaan.
“Dia sering datang ke rumah, saya anggap dia seperti keluarga. Malah, dia juga membawa anaknya bermain dengan anak saya. Tapi lama-kelamaan, saya perasan ada sesuatu yang pelik antara dia dan suami saya,” dakwanya.
![](https://www.boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/02/Y-insert.jpg)
Segalanya terbongkar apabila Y terbaca mesej mesra antara suaminya dan selebriti tersebut di media sosial.
“Saya sangat terkejut! Selebriti yang saya sangka baik dan suci memanggil suami saya dengan panggilan manja. Rupa-rupanya, mereka dah ada hubungan sejak hampir dua tahun.”
Y mendakwa dia bersemuka dengan selebriti itu, namun wanita tersebut menggunakan alasan agama untuk meminta dirinya menerima poligami.
“Saya sangat kesal. Saya layan dia macam keluarga, tapi akhirnya dia tikam belakang saya.”
Lebih memburukkan keadaan, selebriti itu didakwa masih berusaha untuk mendekati suami Y dan meraih perhatian.
“Jika dia masih berdegil, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan identitinya beserta bukti!” tegasnya.
Difahamkan, selebriti wanita tersebut juga didakwa pernah menggoyahkan dua rumah tangga lain sebelum ini. – BOOM!
Sumber: Gempak