G-Dragon akhirnya mengumumkan kemunculan semula dengan album penuh ketiganya, Ubermensc, yang bakal dilancarkan pada 25 Februari 2025.
Lebih menarik, Ubermensch menandakan album penuh pertama G-Dragon selepas 11 tahun 5 bulan, sejak Coup d’Etat pada 2013. Dengan tempoh hiatus yang panjang, peminat dan industri muzik sudah lama menantikan kemunculannya semula.
Tajuk album ini diilhamkan daripada falsafah Friedrich Nietzsche, di mana Übermensch bermaksud “Superman” atau individu yang melangkaui batasan diri.
Sebelum ini, G-Dragon sudah pun mendominasi carta dengan single digital POWER pada Oktober 2024 serta HOME SWEET HOME, kolaborasi bersama Taeyang dan Daesung pada November. Lagu HOME SWEET HOME kekal di tempat pertama carta bulanan Melon dan Genie selama dua bulan berturut-turut, membuktikan permintaan tinggi terhadap muziknya.
Kini, semua mata tertumpu pada Ubermensch. Sebuah album yang dijangka membawa dimensi baharu dalam karier G-Dragon. – BOOM!