Baru-baru ini, seringkali lagu-lagu dari negara jiran kita, iaitu Indonesia dimainkan di stesen radio, mahupun di serata laman media sosial. Tambahan pula, ini menjadi suatu gelombang yang disambut dengan positif oleh rakyat Malaysia. Ternyata, bakat baru dari Indonesia menjadi penanda aras buat selebriti di Malaysia agar boleh bersaing secara sihat di dalam industri seni.