Semalam heboh dalam media sosial memperkatakan tentang kewujudan koleksi foto dan video lucah mirip seorang artis popular tanah air.
Menerusi perkongsian yang didedahkan sumber, terdapat kira-kira tujuh video pelbagai aksi lucah melampau.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Buat Spekulasi” – Noh Salleh Sahkan Sudah Bercerai Dengan Mizz Nina
Lebih mengejutkan, video-video berkenaan dirakamkan sendiri oleh artis lelaki yang merupakan vokalis sebuah kumpulan itu.
Berdasarkan video tersebut, si pelaku yang telah berumah tangga itu melakukan aksi terkutuk termasuk hubungan seks bersama seorang wanita yang turut bekerja dalam industri hiburan.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Bercerai, Mizz Nina Ajak Semua Berdoa, Dihujani Sokongan Kuat Peminat
Melihat video-video lucah tersebut, aksi-aksi seks yang dilakukan mereka berdua agak luar biasa dan tak terfikir dek akal.
Difahamkan juga, artis lelaki terbabit sering menghantar mesej dan video lucah kepada wanita itu. – BOOM!