Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dikecam netizen ekoran keceluparannya melemparkan kata-kata kesat terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa atau Yana.
Doktor yang dipercayai bernama Azri Aizat itu menerusi akaun Twitter miliknya bukan sahaja menuduh Yana menipu berhubung rekod kesihatan bapanya, malah turut menggelarkannya sebagai ‘anjing’.
“Apa ke bangang nak menipu. Aku sendiri check darah bapa kau, semua normal anjing!” herdik lelaki berkenaan dalam ciapannya yang tular sejak semalam.
BACA: Sengaja Cari Fasal, Personaliti TV Jelita Digantung Tugas Sebab Langgar Kontrak
Sementara itu, warganet hairan kerana berdasarkan menurut undang-undang, seorang pengamal perubatan tidak boleh mendedahkan butiran peribadi pesakit dirawatnya.
Salah seorang daripada mereka turut berkongsi salah satu misi KKM yang menekankan sikap penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan, sifat menghormati maruah insan dan penglibatan masyarakat.
Sehubungan itu, mereka kesal dengan sikap lelaki terbabit yang didakwa tidak mencerminkan sikap sedemikan dan tidak menghormati orang seperti yang ditekankan oleh misi KKM.
BACA: “Ya, Saya Terlibat!” – Firdaus Wong Akui Dirinya Terbabit Dengan Kes Amang Seksual
Pada Isnin lalu, melalui IG Story milik Yana, dia memaklumkan bahawa doktor menemukan banyak ulser baharu dalam perut Najib dan tekanan darah bapanya semakin tinggi dipercayai akibat pengambilan ubat. – BOOM!
Sumber: Malaysia Gazette