Persoalan mengenai majlis pertunangan pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya terjawab, apabila dia memuat naik sebuah video sekaligus menjelaskan mengenai spekulasi tersebut yang tersebar sejak semalam.
“Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba…Maaf ya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi video tersebut, memaparkan babak rombongan meminang dan Sharnaaz bersama anaknya Jebat Jayden di pelamin.
Namun di akhir video, Sharnaaz mempromosikan jenama sebuah produk makanan tambahan popular.
Sebelum ini, Sharnaaz ketika dihubungi turut menafikan dia telah mengikat tali pertunangan dengan Amelia Christie.
Menurut Sharnaaz dia tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut (pertunangan) tetapi spekulasi diwujudkan pihak lain.
Dalam pada itu, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memberitahu, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa foto tersebut dipadam tidak berapa lama selepas ia dikongsikan di Instagram.
Terdahulu, Sharnaaz berkongsi sekeping foto berbaju Melayu lengkap bersama anaknya, Jebat Jayden dan seorang wanita yang mengenakan persalinan sedondon berwarna biru muda.
Menerusi kapysen “Maaf bukan lagi duda pilihan anda!,” yang ditulis Sharnaaz, membayangkan dia seolah-olah sudah dimiliki.
Apa yang menarik perhatian adalah tanda pagar yang digunakan iaitu #SxAeday, #MamuKenaGari dan #DalamHatiAdaTaman.
Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut dipadam Sharnaaz beberapa minit kemuadian. – BOOM!