Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Kembali Mengilai Di Astro First Dalam Khaenak: Serangan Pocong

13/11/2021
Natalhia Nordinby Natalhia Nordin
in Entertainment, Exposé, Extra
Kembali Mengilai Di Astro First Dalam Khaenak: Serangan Pocong

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selepas mendapat sambutan luar biasa menerusi filem seram komedi Khaenak 1 dan 2 yang ditayangkan di saluran YouTube tahun lalu, penerbit naskhah berkenaan tampil dengan buah tangan ketiga Khaenak: Serangan Pocong.

Penerbit KCTV Network dan Broadcasting Sdn Bhd menjanjikan jalan cerita kali ini lebih menghiburkan dengan garapan kreatif serta menarik.

Pengarahnya, Emma Kasmuri berkata, berbeza dua buah filem terdahulu, Khaenak: Serangan Pocong buat julung kalinya akan ditayangkan menerusi saluran Astro First.

“Kalau diikutkan, judul filem ini adalah Khaenak 3. Tetapi apabila kami kemukakan kepada Astro First, tak sangka mereka berminat.

“Kemudian kami gantikan angka tiga dengan menggunakan judul Khaenak: Serangan Pocong.

“Ini merupakan karya sulung kami yang akan ditayangkan di kaca televisyen,” katanya.

Sebelum ini, Khaenak dikenali dengan watak utamanya iaitu hantu pontianak yang digelar Meknak.

Dalam edisi kali ini, Khaenak membawa kelainan apabila menampilkan watak hantu pocong bagi menggantikan hantu golek yang sinonim dengan emas iaitu perhiasan.

Filem berkenaan menyorot kisah sebuah kampung di pinggir bandar di sekitar Kelantan yang menyaksikan banyak kejadian mistik berlaku di situ.

Bagaimanapun, semua kejadian tersebut berjaya diselesaikan hasil kesepakatan penduduk kampung yang dipimpin oleh Tok Penghulu.

Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur iaitu Apak datang bercuti ke situ bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham menghasilkan lagu baharu.

Yana yang diperli Mek Som dan Cik Ani mula memujuk suaminya untuk membeli barangan kemas sebelum tiba-tiba berlakunya beberapa kejadian seram antaranya ada penduduk diganggu kehadiran pocong.

Ketika ditanya adakah penggambaran filem tersebut diganggu dengan sebarang kejadian mistik, Emma berkata, pelakon utamanya iaitu Apak pernah diganggu sesuatu.

“Sewaktu menjayakan babak menunggu pocong atas motor, Apak terasa seolah-olah ada yang menarik kakinya,” katanya.

Sementara itu ketika mengulas tentang kos penerbitan, pengarah itu berkata, awalnya pembikinan filem tersebut hanya menelan bajet sebanyak RM50,000.

Bagaimanapun, selepas diluluskan untuk tayangan, kos penerbitannya semakin meningkat.

“Kami perlu buat beberapa babak tambahan dan terpaksa mengubah sudut suntingan serta warna bersesuaian mengikut quality control (QC) bagi memenuhi standard filem.

“Akhirnya, kos keseluruhan menelan belanja RM150,000 termasuk kos promosi dan iklan sekali gus menjadikan Khaenak dikategorikan sebagai filem indie dengan bajet rendah,” jelasnya.

Khaenak: Serangan Pocong masih mengekalkan pelakon asal dua buah filem terdahulu iaitu Apak Harry Khalifah, Diana Ezety, Kamarool Yusoff, Hushairi Husain, Along PM, Amin AR, Shan Jeevan, Ryezal Apak, Daddy Abila, Abe Mat Ngepek dan ramai lagi.

Filem tersebut akan ditayangkan di Astro First pada 11 November ini. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Ini Kenangan Saya Di Luar Negara” – Danial Bogers Tampilkan Debut Bahasa Inggeris

Next Post

Pemilik Suara Nobita, Yoshiko Ota Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Magika Ice Cream, Collaboration Between Kruniverse And SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • A Wounded Heart Is Not A Barrier, Fazura Chooses To Forgive Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Claims To Be A Victim Of AI Manipulation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P Of BIGBANG Announces Solo Comeback After Three Years Of Hiatus

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Of Stray Kids Donates 100 Million Won To Help Cancer Patients

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Special Gift! Maryam Durian Kimchi Welcomes Second Child On Her Birthday

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Singer Nubhan Files for Confirmation of Two Divorce Pronouncements — Seeks Court Validation for 2017 and August Talak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Azlan Komeng Begs Netizens To Stop Urging His Wife To Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd