Pelakon dan penyanyi Kilafairy tidak dapat menahan air mata ketika menyaksikan konsert Udit Narayan di Mega Star Arena pada Sabtu lalu. Rasa sebak itu hadir kerana terkenang arwah ibunya, penyanyi tersohor Rohana Jalil, yang menjadi inspirasi sepanjang hidupnya.
Momen penuh emosi tersebut dirakamkan oleh teman baik Kilafairy, pelakon Izara Aishah, dan dikongsikan di TikTok. Menurut Izara, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan hampir membatalkan persembahannya kerana tidak sanggup mengenang saat-saat indah bersama ibunya semasa membesar dengan lagu-lagu Udit Narayan.
@izaraaishahofficial ♥️ love you always @Kilafairy ♬ suara asli – Younita
“Salah satu sebab dia hampir membatalkan persembahan adalah kerana dia rasa tidak mampu buat tanpa ibunya,” kata Izara dalam hantaran tersebut. “Saya tidak tahu nak beri reaksi apa… Sayang awak selalu.”
Di ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa hiba sambil berkongsi kenangan mereka bersama insan tersayang apabila mendengar lagu-lagu Bollywood.
Kilafairy dan Syamel diberi penghormatan untuk menjayakan persembahan pembukaan konsert “Udit Narayan Live in Malaysia.”
Sebagai info, Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia pada 20 Jun 2023 akibat kebocoran usus perut. Pemergian beliau masih dirasai, terutamanya oleh Kilafairy yang akrab dengan ibunya sepanjang hayatnya. – BOOM!
A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)