Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

“Anak-Anak Saksikan Luka Saya” – Luahan Angelina Jolie

20/12/2024
BOOM!by BOOM!
in Global
“Anak-Anak Saksikan Luka Saya” – Luahan Angelina Jolie

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Walaupun Angelina Jolie terkenal dengan sikap tertutup mengenai kehidupan peribadinya, pelakon Hollywood ini berkongsi pengalaman bekerja di lokasi penggambaran bersama dua anak sulungnya, Maddox dan Pax, yang bertugas sebagai pembantu produksi dalam filem biopik Maria.

Jolie berkata watak Maria Callas yang dibawanya melibatkan banyak emosi perit. Situasi itu membolehkan anak-anaknya menyaksikan sisi dirinya yang jarang ditunjukkan kepada mereka.

“Watak [Callas] banyak membawa kesakitan, dan mereka sememangnya pernah melihat saya melalui pelbagai cabaran, tetapi mereka tidak pernah menyaksikan saya menzahirkan kesakitan seperti ini. Biasanya, ibu bapa akan menyembunyikannya daripada anak-anak,” katanya.

Kredit Foto: Studio Canal.

Namun, Jolie menambah bahawa mereka saling memberikan sokongan sepanjang proses tersebut.

“Mereka ada menyaksikan momen-momen itu, tetapi kemudian kami akan berpelukan, atau mereka akan membawakan secawan teh untuk saya.”

Jolie juga mengakui situasi tersebut membuka jalan baharu dalam berkongsi perasaannya secara lebih jujur dengan anak-anaknya.

“Ini satu cara yang baru untuk saya menjadi lebih terbuka dengan mereka, dalam cara yang lebih mendalam,” tambahnya.

Filem biopik Maria, ditulis oleh Steven Knight, pencipta Peaky Blinders, mengisahkan tahun-tahun akhir kehidupan soprano terkenal Maria Callas di Paris pada tahun 1970-an.

Maddox dan Pax. Kredit Foto: sheknows.com

Demi mendalami watak itu, Jolie mengambil masa tujuh bulan untuk belajar menyanyi opera, satu pengalaman yang dikatakan sangat mencabar secara fizikal.

“Kelas nyanyian bermula secara biasa, tetapi apabila ia bertukar kepada opera, ia memerlukan pernafasan dan kekuatan badan yang berbeza sama sekali. Anda perlu benar-benar menolak had kemampuan diri,” kongsi Jolie.

Beliau juga mengakui tidak pernah menyanyi sebelum ini dan agak malu untuk mencuba, tetapi pasukan produksi memberikannya keyakinan.

“Salah satu keistimewaan sebagai pelakon ialah anda sering mendapat sokongan untuk mencuba sesuatu yang baru. Pengalaman ini merupakan cabaran terbesar, tetapi juga paling menyeronokkan,” katanya.

Dengan Jolie jarang tampil berlakon sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Maria dianggap sebagai langkah besar dalam kariernya. Filem itu juga membuka kemungkinan untuk beliau kembali dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar.

Filem ini bukan sekadar peluang profesional untuk Jolie, tetapi juga menjadi pengalaman berharga untuk membina hubungan lebih erat dengan anak-anaknya. – BOOM!

Sumber: BBC 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Previous Post

Along Cham Didakwa Miliki Ganja, Rayuan Jaminan Ditolak

Next Post

Tiket GENKRU Licin Dalam Masa 1 Jam! Konsert Hari Kedua Dalam Perancangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sweet Birthday Message From Karel Susanteo To Anna Jobling Steals The Spotlight

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Recovering, Undergoing Physiotherapy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Kugiran Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • No More Hiding! Bonda Rozita Finally Unveils Photo Of New Husband In Mecca

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Recovering, Undergoing Physiotherapy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Faces Legal Action For Hanging Bras On Hollywood Sign

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd