Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Curi Hasil Karya Seseorang Dalam Aspek Pembikinan Boleh Dianggap Sebagai Jenayah Berat – FDAM

21/02/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
Curi Hasil Karya Seseorang Dalam Aspek Pembikinan Boleh Dianggap Sebagai Jenayah Berat – FDAM

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki menyifatkan tindakan mencuri hasil karya seseorang dalam aspek pembikinan boleh dianggap sebagai jenayah berat.

Sehubungan itu, Afdlin berpendapat, badan berwajib seperti Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) boleh mengawal selia penerbitan filem tempatan dengan mewujudkan satu sistem arkib yang berfungsi menyimpan semua karya dihasilkan.

“Untuk hasilkan filem ini harganya mahal. Dalam pita itu boleh jadi pembikin filem akan belanjakan sebanyak RM1 juta atau lebih. Kalau pita belum sempat ditayang, maka belum jadi bahan komersial.

“Kalau tak dapat diselesaikan, maka boleh dianggap ia sebagai satu kecurian. Perkara ini boleh dipandang sebagai jenayah berat.

“Jadi, sangat wajar Kementerian Komunikasi dan FINAS bantu dan lihat permasalahan ini supaya boleh diselesaikan. Ini juga kerja FINAS iaitu untuk bantu penggiat industri selesaikan masalah.

“Mungkin badan-badan berwajib seperti ini boleh mewujudkan arkib untuk semua filem-filem yang pernah dihasilkan. Sekurang-kurangnya akan ada salinan sekiranya timbul sebarang isu,” katanya kepada BH Online.

Curi karya tindakan kes jenayah - FDAM

Afdlin yang juga penerbit dan pengarah filem mengemukakan saranan susulan dakwaan seniwati legenda, Datuk Sarimah Ahmad mendakwa empat filem terbitan syarikat produksinya, Sarimah Film Production dicuri individu terkenal.

Bagaimanapun, Afdlin berkata, dia perlu meneliti terlebih dahulu mengenai isu terbabit sebelum memberikan sebarang ulasan lanjut.

“Saya kena fahamkan isu ini dahulu sebab adakah pita ini ada salinan atau tidak. Mungkin ada orang berkepentingan yang ambil, tapi kalau diambil, tetapi tak disiarkan tak guna juga.

“Selalunya kalau perkara macam ini berlaku, mungkin kerana pembayaran tak cukup, tapi tak tahu apa sebab sebenar. Kalau betul perlu maklum awal sebab boleh dikira kecurian, sepatutnya begitu,” katanya.

Curi karya tindakan kes jenayah - FDAM

Mengulas kaedah pembikinan filem sekarang, Afdlin berkata, pengkarya akan menyediakan dua salinan asal untuk selamatkan kehilangan karya dihasilkan.

“Macam sekarang bila siapkan filem, akan ada banyak salinan yang mana individu berkepentingan dalam produksi boleh pegang. Kalau ‘raw material’ akan ada dua salinan supaya orang tak boleh curi.

“Kalau pembikin filem di Jepun, mereka praktikkan karya yang sudah siap akan disimpan satu salinan lain. Filem akan dijaga sebaiknya sebab ia dikira harta kebudayaan negara,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan Sarimah mahu penerbit terkenal mengembalikan pita asal empat filem iaitu Detik 12 Malam, Jejak Bertapak, Dia Ibuku dan Kabus Tengahari yang diambil sejak 36 tahun lalu sebelum meninggal dunia.

Sarimah yang juga ibu kepada enam cahaya mata itu mendakwa, pita asal empat filem terbabit yang disifatkan amat bermakna, diambil seorang penerbit pada hari kematian suaminya, Allahyarham Yusof Majid pada 1988. – BOOM!

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

Kumpul RM10 Mula Bisnes Pada Usia Muda, Kini Rasa Catering & Events Sdn Bhd Gah Bisnes Katering Segmen VIP Dan Premium

Next Post

Puteri Balqis Padam Ratusan Komen Negatif Setiap Hari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Reaches 500 Million Streams On Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Terrified Of Dating Again

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Aren’t You Afraid Of The Hereafter?” – Linda Hashim Slams Beego Over Child Support Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Slams Cheating Rumors – “I Got Close After The Divorce”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]“Please Help Her” – Ebit Lew Visits Mak Wan Latah, Netizens Touched

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Broken’ To The Point Of Losing His Appetite

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Suffers Head Injury In Road Accident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd