Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Bukti Hitam Putih Elak Pertikaian Hak Milik Filem – Yusof Haslam

19/02/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra, Film
Bukti Hitam Putih Elak Pertikaian Hak Milik Filem – Yusof Haslam

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Simpati nasib menimpa seniwati legenda, Datuk Sarimah Ahmad, 82, yang mendakwa empat filem terbitannya, dicuri individu terkenal sejak hampir empat dekad lalu, Datuk Yusof Haslam berpendapat pengertian jelas berhubung perjanjian termasuk bukti hitam putih atas semua dokumen dimeterai, cukup penting.

Mengaku tidak mempunyai maklumat terperinci berhubung kes dibangkitkan Sarimah, Yusof yang mengasaskan Skop Productions Sdn Bhd dan memiliki pengalaman lebih 50 tahun dalam industri perfileman, bagaimanapun menganggap bukti hitam putih dalam mana-mana perjanjian atau kerjasama terjalin, penting agar tidak timbul salah faham pada masa depan.

“Kita buat filem dan naskhah itu jadi hak kita. Bagi saya, sebagai penerbit filem, seseorang itu kena ambil tahu mengenai produknya, misalnya, perjanjian penjualan kepada siapa.

Sumber foto: Utusan

“Semua itu perlu ada hitam putih untuk rujukan masa depan. Perjanjian juga kena jelas supaya tiada mana-mana pihak rasa tidak adil.

“Setahu saya zaman dahulu, ada ramai penerbit yang buat satu atau dua filem, kemudian berhenti. Jadi, filem itu dia jual. Ada setengah syarikat memilih menyimpan filem-filem mereka.

“Tetapi dalam pengetahuan saya, banyak filem tempatan atau filem Melayu seperti filem Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin dipegang sebuah syarikat India. Jadi, filemnya bukan lagi hak dirinya,” katanya kepada BH Online.

Sumber foto: Metro

Yusof berkata, besar harapannya agar individu yang didakwa mengambil dan menyimpan empat filem keluaran Sarimah Film Productions agar tampil memberi penjelasan terhadap insiden sebenar, biarpun sudah berlarutan sejak hampir empat dekad lalu.

“Saya harap individu yang diperkatakan itu boleh tampil dan menjelaskan semuanya supaya tidak timbul salah faham lagi.

“Saya minta maaf tidak tahu secara mendalam mengenai isu ini. Ini dalam aspek bagaimana kedudukan sebenar dan siapa yang ambil empat filem itu dan sebagainya. Jadi, saya tidak boleh komen banyak.

“Isu ini berkait dengan hak intelek dan hak cipta, jadi susah hendak cakap. Tetapi, saya fikir, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) boleh bantu membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Yusof berkata, kes membabitkan empat filem itu mungkin berpunca beberapa faktor berkaitan penjagaan filem dan perjanjian jual beli filem.

“Ada penerbit di mana selepas menghasilkan sesebuah filem, dia jual hak cipta dan filem itu. Ini bermakna naskhah itu tidak lagi menjadi hak dia, sebaliknya, hak pembeli. Barangkali ada perkara terjadi di luar pengetahuan Sarimah.

Sumber foto: Kosmo Digital

“Mungkin pada era Sarimah, selepas habis tayang filem, penerbit kena jaga pita itu. Pada zaman itu, filem dihasilkan menggunakan pita. Jadi, mungkin disebabkan penjagaan kurang baik, pita filem itu rosak. Jadi, banyak sebab isu seumpama tu boleh timbul.

“Mungkin juga rundingan dan perjanjian tidak jelas. Namun, bagi isu membabitkan Sarimah, saya kurang arif.

“Saya pernah terbabit dengan filemnya dahulu, iaitu ketika saya berusia 20-an. Ketika itu, filemnya di bawah kelolaan suami Sarimah, Allahyarham Yusof Majid. Mungkin Allahyarham Yusof ada buat perjanjian di mana Sarimah tidak tahu,” katanya.

Jumaat lalu, BH Online melaporkan Sarimah mahu individu terkenal memulangkan pita asal empat filem keluaran Sarimah Filem Productions iaitu Detik 12 Malam, Jejak Bertapak, Dia Ibuku dan Kabus Tengahari yang diambil sejak 36 tahun lalu.

Bintang filem Studio Jalan Ampas, Singapura itu berharap Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dapat membantu untuk mendapatkan semula filemnya itu.

Dalam reaksi balas, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilapor sedia membantu Sarimah berhubung dakwaan empat filem terbitan syarikat produksinya, dicuri individu terkenal.

Fahmi dilapor berjanji akan meneliti perkara itu serta mendapatkan maklumat dan perincian lebih jelas dalam usaha menangani masalah dibangkitkan seniwati legenda itu.

Sumber: BH Online

Previous Post

Beberapa Mekanisme Boleh Dipertimbang Tambah Baik Perlindungan Penggiat Seni, Pengamal Media

Next Post

Stacy ‘Bunga Matahari’ Juara TMSM4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Mocks Trump Over ‘Skipping’ The Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Hadid Boyfriend Arrested For Public Intoxication

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Many Messages Asking To Be My Wife.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Need To Be So Disappointed…” – Video With Zarina Anjoulie Sparks Talk, Daddy Ash Speaks Out

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Honest Reviews And Prices At Rembayung Restaurant Draw Attention

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Music Must Be Honest, Not Pretend Happiness” – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd