Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Kes Dadah Yasin, Pihak Pendakwaan Bakal Panggil 10 Saksi

09/08/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Kes Dadah Yasin, Pihak Pendakwaan Bakal Panggil 10 Saksi

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu bahawa pihaknya akan memanggil 10 saksi untuk memberi keterangan dalam kes dadah membabitkan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman.

Semasa prosiding di hadapan Hakim, Faiz Dziyauddin, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berkata, seramai lapan hingga 10 saksi akan hadir pada tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini.

“Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes dan kami mendapat arahan agar perbicaraan kes yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 28 dan 29 Ogos dikekalkan,” katanya.

Selain Raja Zaizul Faridah, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin sementara Yasin diwakili peguam, Ariff Azami Hussein.

Mendengar perkara itu, mahkamah kemudiannya mengekalkan tarikh prosiding berkenaan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Ariff Azami berkata, keadaan anak guam bertambah baik dan bersemangat.

Menurutnya, keluarga Yasin turut hadir ke mahkamah untuk memberi semangat termasuk ibunya, Suzanah Abdullah, 74.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak pembelaan berhasrat untuk memanggil Pakar Perunding Forensik Psikiatri, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, Dr Ian Lloyd Anthony untuk memberi keterangan.

“Kami sudah memohon satu sepina dikeluarkan dan mahkamah membenarkan permohonan lisan kami itu,” katanya.

Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. – BOOM!

Sumber: SINAR HARIAN

Previous Post

Amboi, Khai Bahar Belanja Biceps! – “Orang Cakap Aku Tak Boleh Sado Macam Orang Lain…Sabaq Sat!”

Next Post

Kejutan Sebelum GV10, Roadshow Percuma Hargai Peminat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Adakan Siri Jelajah Album Di Hard Rock Cafe Melaka, Amir Masdi Janji Persembahan ‘A Class’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Marcello Tahitoe Shines With “Setunggal”, A Fresh Breeze In Ombak Melankolia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Confirms Endometriosis Diagnosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd