Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Semakin Hangat Selepas Uji Bakat America’s Got Talent, Cakra Khan Tak Lupa Malaysia

08/08/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Concert, Global
Semakin Hangat Selepas Uji Bakat America’s Got Talent, Cakra Khan Tak Lupa Malaysia

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan tidak pernah melupakan peminat di Malaysia walaupun namanya semakin hangat sejak uji bakat America’s Got Talent (AGT) 2023, tular.

Buktinya, sebagai menghargai sokongan yang diberikan, Cakra mengotakan janji dengan kembali ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan konsert, Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dalam memenuhi rangka Dream Festival Collaboration Vol. 4.

Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023, penyanyi yang memiliki karisma tersendiri itu akan memukau para penggemar dengan penampilan spektakular membawakan himpunan lagu popularnya.

Konsert itu juga bakal membawa peminat menelusuri perjalanan kerjaya nyanyian Cakra selama lebih sedekad, bermula dengan single perdana, Harus Terpisah yang pantas melonjakkan popularitinya di Indonesia dan Malaysia sejak 2012.

Terdahulu, sesi uji bakat yang disiarkan pada 18 Julai, Cakra, 31, memukau juri program realiti popular itu menerusi persembahannya membawakan lagu, Make It Rain yang dipopularkan Ed Sheeran dan No Woman, No Cry nyanyian asal Bob Marley.

BACA: [V] Baru ‘Audition’ Simon Cowell Dah Uji Cakra Khan Di AGT 2023! – “Tiba-tiba Disuruh Berhenti, Sebab Tak Suka…”

Kemantapan vokalnya yang memiliki karakter sendiri ketika membawakan kedua-dua lagu pada sesi uji bakat itu melayakkan penyanyi kelahiran Pangandaran, Jawa Barat tersebut memperoleh empat ‘Yes’ daripada barisan juri.

Keunikan vokal Cakra turut menuai pujian daripada juri digeruni ramai, Simon Cowell yang mengakui, kagum dengan bakat luar biasa penyanyi berkenaan, sekali gus membuka ruang selesa untuk dirinya melangkah ke babak persaingan seterusnya.

Pencapaian besar itu kata Cakra atau nama lengkapnya, Cakra Konta Paryaman tidak mungkin digapai tanpa sokongan semua, terutama sekali peminat yang sentiasa mempercayai kemampuannya.

Meskipun ruang untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa semakin luas terbuka, Cakra tidak sesekali melupakan peminat di rantau Nusantara yang sentiasa menjadi tulang belakang kekuatannya.

Pengarah Projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri atau mesra disapa Anda berkata, acara itu menjanjikan hiburan luar biasa menerusi persembahan istimewa Cakra bersama penyanyi undangan khas dari Malaysia.

“Kemunculan Cakra bersama penyanyi undangan misteri itu bakal menghangatkan lagi siri Dream Festival Collaboration Vol. 4, sekali gus membawa penonton merentasi magis perjalanan hiburan yang tidak terlupakan.

“Sebagai penyanyi, Cakra dilihat sebagai sosok yang sangat berbakat dan memiliki karisma tersendiri setiap kali beraksi di pentas. Dikenali dengan kehebatan vokal dan aksinya yang penuh energetik, kami yakin kemunculan terbaharu Cakra pasti memberikan kepuasan jitu kepada penggemarnya,” katanya.

Tambahnya lagi, profil seni Cakra yang pernah meraih pelbagai penghargaan, selain mengukir nama sebagai antara artis terbaik dalam industri hiburan Nusantara memberi nilai tambah pada acara yang dibawakan Inspire IDN dengan kerjasama Laskar Entertainment itu.

“Bersama artis undangan yang masih dirahsiakan, kami yakin elemen kejutan itu bakal menambah daya tarikan acara, sekali gus memacu antusiasme penggemar muzik untuk memeriahkan konsert tersebut.

“Dream Festival Collaboration Vol. 4 dirancang dengan begitu teliti untuk memastikan semua yang hadir terhibur. Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang tidak terlupakan kepada semua penonton.

“Acara ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan penaja rasmi seperti Sari Ratu Prima, Hotbox dan Chatime. Sokongan mereka memberikan sumbangan besar dalam memastikan acara ini sukses,” katanya.

Tiket menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol. 4 – Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178 (Kepada Hati), RM198 (Terlanjur Cinta), RM318 (Kekasih Bayangan), RM508 (Tanpa Batas Waktu) dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh diperoleh dengan melayari: www.ticket2u.com bermula 15 Julai 2023. – BOOM!

Previous Post

Ayda Jebat Tak Campur Urusan Peribadi Fyna Jebat, Dah Tiga Bulan ‘Lost Contact’

Next Post

[V] “Marah-marah Je Mak Lampir Ni!” – Comel, Aeril Zafrel ‘Stress’ Dengan Wawa Zainal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Adakan Siri Jelajah Album Di Hard Rock Cafe Melaka, Amir Masdi Janji Persembahan ‘A Class’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Patutlah Ramai Jejaka Muda Meminatinya” – ‘Dibuang’ Vida, Iqbal Cuba Dekati Rossa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Terbit Filem KL Gangster 3, Syamsul Yusof Cari Dua Aktor Hebat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Ada Hak Bersuara!” – Thalia Rasul Pertikai Kredibiliti Juri ATNMY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Kenal Dia” – Nabila Tak Percaya Sharnaaz Ahmad Bersalah Dalam Kes Ugut Dan Pukul

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Is Now Ezwan Zain’s Wife

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • After The Success of APT, Bruno Mars Announces New Song

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Surprises Erra, Handles Nearly 95% of Preparations Himself

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd