Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Hasilkan EP Penuh Bahasa Melayu, Bukti Yuna Tidak Penah Kecil Hati Dituduh Lupa Diri, Asal Usul

21/07/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Music
Hasilkan EP Penuh Bahasa Melayu, Bukti Yuna Tidak Penah Kecil Hati Dituduh Lupa Diri, Asal Usul

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi kelahiran Malaysia yang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, mengakui tudak pernah berkecil hati atau tersinggung apabila ada yang menuduhnya lupa diri dan asal-usul.

Menurut Yuna tuduhan tersebut dilemparkan sejak dia melangkah kaki ke negara Uncle Sam sejak 10 tahun lalu untuk mengembangkan kerjayanya.

“Sepanjang karier muzik saya, banyak komen yang saya terima daripada peminat bahawa saya sudah lupa diri, lupa dengan Malaysia, dan juga lupa kepada peminat-peminat di Malaysia.

“Namun, saya tidak ambil hati kerana itu semua tidak betul, saya masih Yuna yang anda kenal, bezanya selepas 10 tahun berada di Amerika Syarikat, banyak pengalaman yang saya timba,” katanya.

Buktinya, Yuna kini tampil dengan EP (extended play) berjudul ‘Masih Yuna’ dengan empat trek dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Yuna berkata ‘Masih Yuna’ merupakan hadiah buat para peminat di Malaysia yang sudah lama menantikan buah tangan terbaharu daripadanya.

“Album ini ibarat ‘surat cinta’ buat peminat di Malaysia setelah berkelana jauh di negeri orang.
EP MASIH YUNA masih mengekalkan ‘signature’ bunyi Yuna tetapi lebih ‘elevated’ dengan paduan nuansa muzik folk, R&B, pop dan juga balada yang melankolik membangkitkan perasaan ‘sendu’ tetapi tidaklah terlalu melara jiwa.

“Perjalanan muzik saya di Malaysia dan juga Amerika Syarikat bukanlah sesuatu yang mudah, terlalu banyak cabarannya dan adakalanya saya rasa putus asa, tapi peminat-peminat Malaysialah yang selalu memberi kata-kata semangat, jadi EP ini adalah hadiah buat anda!,” katanya.

Bagaimanapun kata Yuna, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa mengambil masa sehingga enam tahun untuk melancarkan lagu Melayu.

“Ya, enam tahun adalah tempoh yang agak lama. Sejujurnya saya pun rindu hendak mencipta lagu Melayu, tetapi saya tahu kalau hanya satu mungkin tidak mencukupi, jadi saya hadiahkah empat kesemuanya sekaligus khas buat peminat.

“Ketika dalam proses penghasilan EP ini, saya fokuskan terhadap apa yang peminat di Malaysia mahukan dari saya, cerita saya, perasaan saya, kisah peribadi saya seperti masih berasa sedih dengan kehilangan sepupu rapat yang saya anggap seperti adik sendiri dan mahu berikan yang terbaik agar dia juga turut bangga dengan apa yang telah saya hasilkan,” katanya.

Antara lagu-lagu yang terkandung dalam EP ini adalah Menanti, Asing, Masih Sunyi dan Camaraderie merupakan hasil ciptaan Yuna sendiri bersama barisan komposer antarabangsa berbakat dan diterbitkan oleh Yuna Music.

“Terlebih dahulu, syukur Alhamdulillah dengan sambutan memberangsangkan terhadap single Menanti oleh peminat-peminat saya.

“Ramai yang sukakan lagu tersebut kerana maksudnya yang menyentuh jiwa seakan menjemput kembali memori silam dan juga emosi masa lalu,” katanya.

Menurut Yuna, lebih kurang dua bulan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan EP dan hanya di lakukan di rumah sahaja di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Saya hanya memperuntukkan tiga jam sahaja tempoh bekerja di hadapan komputer dan perlu disiplin ambil masa untuk berehat kerana tidak mahu terlalu ‘overwork’.

“Lagi pun tidak bagus jika terdedah dengan bunyi yang kuat dalam jangka masa yang lama.

“Saya harap peminat semua akan sukakan EP Masih Yuna ini kerana ianya sangat istimewa, dan saya seronok menghasilkannya.

“Dan buat mereka yang baharu mula mengenali muzik saya, ini adalah peluang terbaik buat anda untuk lebih menghargai karya-karya saya, terima kasih kepada peminat yang selalu menyokong dari mula hingga sekarang,” akhirinya.

Lagu-lagu yang terkandung dalam EP Masih Yuna boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala audio single dan video lirik EP tersebut boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Yuna. – BOOM!

Previous Post

[V] Pertama Kali Terima Anugerah, Bell Ngasri Tak Sangka Dihargai – “Nak Jatuh Air Mata Jantan Bell Masa Bagi Ucapan…”

Next Post

ABPBH35: Bell Ngasri, Anna Jobling Dan Meerqeen Antara Nama Disebut Sebagai Bintang Paling Popular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ARMY Furious Over Protest Truck Being Blamed On Fandom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa And PU Riz Respond To Criticism Over High-Priced Religious Classes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Once Made Zul Ariffin Lose His Patience

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Defends Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM Apologises For Remarks Hinting At Possible BTS Disbandment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Makes A Comeback, Announces More Mature Musical Phase

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tragic Death Of Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Breaks Down Starting 2024 World Tour Without Brother

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Six Pancake Stall Tables Stolen, Tauke Jambu Prays For Thief’s Prosperity

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian And Kanye’s Child Claps Back At Critics Over Finger Piercing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Hospitalized Due To Hyperthyroidism

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Open To Attending Ex-Husband’s Wedding

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd