Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

[V] Sudah 10 Tahun Jadi Isteri Tok Ram, Alyah Kongsi Sisi Romantik Suami – “Romantik Dia Bukan Biasa-biasa…”

17/06/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Celebrity, Exclusive

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selepas 10 tahun melayari bahtera bersama maestro muzik popular negara, Datuk Ramli MS, penyanyi Alyah terbuka untuk berkongsi sisi romantik suaminya itu.

Alyah berkata, sepanjang tempoh bergelar isteri kepada Ramli, dia tidak terlepas daripada mereka yang bertanya tentang personaliti suaminya ketika berada di rumah.

“Mungkin kerana dia nampak ‘loud’ dalam TV, jadi orang pun suka nak tanya. Tok Ram ni apa yang kita nampak di kaca TV begitulah juga dia di rumah.

“Dia tegas apabila melibatkan hal kerja, kalau dia sedang bekerja dalam studio tu janganlah kacau. Saya dah faham dah,” kongsi Alyah.

Alyah bagaimanapun tidak menolak suaminya itu seorang yang romantik dan mengambil berat dengan caranya yang tersendiri.

“Romantik kami dengan cara kami tersendiri. Ia datang secara natural, tak perlu paksa nak nampak manja tu.

“Tapi suami saya seorang yang mengambil berat walaupun dia tidak pernah tunjuk secara ‘obvious’. Macam baru-baru ini dia hadiahkan peti ais supaya saya tidak perlu lagi turun naik ambil makanan.

“Sebab selepas menjalani pembedahan bariatric kita kena makan sejam sekali. Jadi bila dah ada peti ais kat atas ni (tingkat dua rumah), tak payah la turun ke bawah lagi malam-malam.

“Dia tak beritahu pun nak beli, tahu-tahu je benda tu dah ada kat atas ni,” katanya ketawa.

Tambah Alyah, suaminya juga akan sentiasa menghubunginya menerusi panggilan video jika dia bekerja di luar Kuala Lumpur.

“Walaupun cara bertanya tu cara dia kan, tapi itulah suami saya yang sentiasa mengambil berat,” ujar penyanyi Kisah Hati itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia di Istana Budaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir, wakil penganjur, Nazrul Asraff Mahzan.

Selain Alyah, konsert ini turut membariskan penyanyi legenda seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan penyanyi Korea Selatan, Han Byul.
Turut menyerikan konsert ini adalah Rizal Ahmad, Jamilah Abu Bakar dan Rasyidah Abd Rahim.

Mengulas pembabitan dalam konsert, Alyah mengakui terkejut ditawarkan menyanyikan lagu bergenre keroncong.

“Kali terakhir saya menyanyikan lagu keroncong pada awal kemunculan saya dalam bidang seni.

“Masa itu saya selalu diundang oleh RTM untuk menjayakan persembahan yang memerlukan saya menyanyi lagu idaman ramai. Itu pun lagu moden yang diubah versi keroncong.

“Tak dinafikan, lagu keroncong sukar dinyanyikan terutama dari segi kawalan pernafasan.

“Saya pula baru lepas menjalani pembedahan bariatrik dan sudah tentu ia sangat mencabar buat saya.

“Apapun, saya teruja dapat mencabar diri dan berkongsi pentas dengan penyanyi legenda,” kata Alyah.

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia anjuran Irama Studios dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos depan.

Tiket berharga antara RM88 hingga RM588 sudah boleh didapati menerusi laman sesawang, www.ilassoticket.com.my. – BOOM!

Previous Post

Terkilan Anak Dibuli Netizen, Sharifah Sakinah Bagi Amaran – “Cakap Buruk Pasal Aku Tak Apa, Tapi Bukan Budak Kecil!”

Next Post

Juliana Evans Timang Cahaya Mata Kedua – “Alhamdulillah, Saya Ibu Kepada Dua Orang Anak Sekarang…”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘The Brutalist’ Actor Admits He’s More Selective After Winning An Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Defends Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Past Controversy, Cho Jin-woong Announces Retirement

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Furious As Scammers Cheat Customers Using Her Product Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Unbothered By Negative Comments

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Announces She’s Dating Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Newspaper Notice Fails, Raja Azura’s Ex-Husband Still Untraceable

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Announces Wedding this December 12 With Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G-Dragon Criticised After 2025 MAMA Awards Performance

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eight-Year Wait Ends, Indah Ruhaila Expecting First Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Admits He Hasn’t Spoken To Sharif Zero For Two Years

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Engaged To Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Crowds Flock To Tauke Jambu’s RM1 Pancake Stall

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Ex-Husband Let Go Of Farali Khan For Her Happiness

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Reveals The Kind Side Of Late Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Missing from The Entertainment Radar, Juliana Banos Chooses Family

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Grateful As Wedding Preparations With Childhood Neighbour Progress Smoothly

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Urges Public To Stop Supporting Chinese Fashion Brands

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Reveals He Still Lives With Childhood Friend

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Appears At GenKRU The Finale For Her Children

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Shares Funny Moments As The ‘Mother Of The Bride’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Sues Rita Rudaini After Being Labeled ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Reveals He Was A Victim Of Body Shaming Until It Brought Him To Tears

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd